Guru silat didakwa noda dua anak didik

Tertuduh, Yusof Omar (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap dua remaja perempuan yang merupakan anak didiknya. -Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang guru silat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua remaja perempuan yang juga anak didiknya di atas katil rumahnya pada September dan Oktober lalu.
Ringkasan AI
- Guru silat didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap dua remaja perempuan yang merupakan anak didiknya.
- Tertuduh, Yusof Omar, 44, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
- Kesalahan dilakukan di rumah tertuduh di Taman Telok Mas, Melaka Tengah pada bulan September dan Oktober. Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM24,000 dan syarat tambahan bagi kes tertuduh.
Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat.
Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama dan berdepan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.
Manakala dalam prosiding di hadapan Rohatul Akmar, tertuduh turut didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) AKSTK 2017 dengan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi anak muridnya berusia 14 tahun dengan cara sama bagi tujuan seksual.
Semua kesalahan itu dilakukan di atas katil di sebuah rumah di Taman Telok Mas dalam daerah Melaka Tengah pada 13 September dan 8 Oktober lalu.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin dan Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM70,000 dikenakan terhadap tertuduh.
Pendakwaan turut memohon syarat tambahan dikenakan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa, melapor diri sekali setiap dua minggu di balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam Nigel Tai yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai guru silat dengan pendapatan tidak menentu, malah tidak mencecah RM1,000 pada bulan lalu, selain menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung serta masalah saraf di kaki kiri.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan sebanyak RM24,000 dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dipohon pendakwaan serta menetapkan tarikh 15 dan 23 Disember depan sebagai sebutan semula kes.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh seorang guru silat yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh? A: Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua remaja perempuan yang juga anak didiknya di atas katil rumahnya.
- Q: Apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas tertuduh jika sabit kesalahan? A: Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat berdasarkan Seksyen 14(a) AKSTK 2017, serta hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
- Q: Apa syarat tambahan yang dicadangkan oleh pendakwaan terhadap tertuduh? A: Pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM70,000, tertuduh tidak mengganggu mangsa, melapor diri sekali setiap dua minggu di balai polis, dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

