Guru-guru tidak seharusnya menjadikan latihan perniagaan kepada para pelajar sebagai satu beban, sebaliknya melihat ia sebagai peluang untuk masa depan sendiri, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Mohammad Annuar Abdul Hamid.
Beliau berkata menerusi latihan perniagaan kepada para pelajar ia secara tidak langsung memberi ilmu serta pengetahuan tambahan kepada para guru yang berminat menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan apabila bersara kelak.
"Jadikan ini sebagai peluasan ilmu kerana mungkin satu hari nanti guru-guru akan bertukar profesion, malah saya lihat ramai guru-guru walaupun belum bersara tapi telah menceburi bidang perniagaan," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Cilik 2015 di sini hari ini.
Karnival dua hari mulai hari ini berlangsung di Anjung Floria, Presint 4 di sini.
Mohammad Annuar menarik perhatian apabila berkata adalah wajar untuk melibatkan pelajar sekolah dalam bidang perniagaan sebagai satu usaha membimbing serta melatih mereka memilih keutamaan dalam kehidupan seharian.
"Kita takut bila kanak-kanak ini letak keutamaan yang salah, kita salah bagi sentuhan maka 20 tahun akan datang apa akan jadi dengan mereka," katanya.
Sementara itu, pengarah program Norni Osman berkata karnival yang julung kali diadakan itu merupakan kemuncak kepada Program Orientasi Keusahawanan Kanak-kanak Malaysia (MyCEO) yang diadakan sebelum ini.
Katanya seramai 700 pelajar dari 100 sekolah rendah sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terlibat dalam karnival itu yang akan diperluaskan ke seluruh negara tahun depan bagi membolehkan lebih banyak sekolah mengambil bahagian.
Sementara itu, Puteri Elena Shamsul Izwan, 11, yang terlibat dalam karnival itu berkata beliau berminat dengan perniagaan sejak kecil apabila sering bermain "jual-jual" dengan adik beradiknya.
"Seronok sangat menjual di karnival ini lagi-lagi bila ramai yang datang membeli di gerai minuman kami," kata pelajar Sekolah Kebangsaan Assunta 2, Petaling Jaya itu yang tidak malu untuk menjerit-jerit memanggil pelanggan.
Sementara itu, pelajar Sekolah Kebangsaan Sg Pelong, Sungar Buloh, Muhammad Syazwan Sidan,12, berkata penyertaannya dalam karnival itu merupakan pendedahan kepadanya untuk berniaga pada masa depan.
Muhammad Syazwan juga penghuni rumah anak yatim Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras berkata : "Kadang-kadang akademik tidak bagus jadi kalau pandai berniaga mungkin akan berjaya satu hari nanti".
Bernama
Sat Oct 03 2015
Latihan perniagaan ini secara tidak langsung memberi ilmu pengetahuan tambahan kepada para guru yang berminat menceburi keusahawanan. -Gambar hiasan
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Guru tidak harus jadikan latihan perniagaan kepada pelajar sebagai beban - KPM
Latihan perniagaan kepada para pelajar secara tidak langsung memberi ilmu serta pengetahuan tambahan kepada para guru yang berminat menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.