KUALA LUMPUR:Warga pendidik juga wajar diberi keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19, memandangkan golongan ini adalah individu yang paling banyak menghabiskan masa bersama anak murid apabila sekolah dibuka kelak.
Pakar Pendidikan dan Pengembangan Prof Dr Ismi Arif Ismail berkata pengumuman sebelum ini bahawa kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah tidak akan diberikan suntikan vaksin COVID-19 buat masa ini kerana buat permulaan barisan hadapan dan warga emas akan diberi keutamaan dikhuatiri akan merisikokan mereka.
"Jadi, kita hendak memastikan yang anak-anak ini terpelihara daripada wabak itu. Oleh itu, warga pendidik ini perlu diberikan pertahanan diri.
"Tambahan pula, guru dan anak murid akan menghabiskan masa yang agak lama dalam sesi persekolahan, jadi sewajarnya guru ini dilindungi supaya anak-anak murid yang akan bersama mereka berasa selamat," katanya kepada Bernama.
Pun begitu, tegasnya, mereka (guru dan murid) perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mencuci tangan, serta elakkan berhimpun sebagai usaha memerangi pandemik itu.
"Saya suka mengingatkan dalam keadaan apa sekali pun, SOP harus terus dipatuhi, dan tidak boleh diambil mudah walaupun sudah ada vaksin yang dikemukakan.
"Kita tidak mahu, hanya kerana kelalaian mematuhi SOP secara berterusan, menyebabkan tercetusnya gelombang baharu nanti," katanya.
Secara tidak langsung, Ismi Arif yang juga Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Putra Infoport, Universiti Putra Malaysia berkata keadaan itu sekali gus akan membuang perasaan takut ibu bapa, untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
"... dan ibu bapa juga harus diyakinkan bahawa sekolah telah mengambil langkah-langkah awal keselamatan, sebelum anak-anak ini diberi kebenaran untuk ke sekolah," katanya.
Pada Selasa, Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore mengesyorkan guru diutamakan untuk memperoleh vaksin COVID-19, selepas petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.
Beliau dilaporkan berkata di New York langkah itu dapat memastikan usaha untuk meneruskan pembelajaran kanak-kanak di seluruh dunia.
Turut senada, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan yang berpendapat, kesiapsiagaan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya atau dalam talian 'belum cukup sempurna'.
Selain itu, katanya, guru juga lebih selesa mengadakan sesi PdP secara konvensional, iaitu dengan bersemuka bersama murid-murid.
"Terdapat pelbagai masalah dan halangan bagi sesi PdP secara dalam talian, antaranya masalah peranti, jaringan internet yang lemah, selain bukan semua murid mempunyai kemudahan yang mencukupi, terutama di kawasan luar bandar.
"Bahkan, ada juga murid yang tidak serius dalam mengikuti pembelajaran secara dalam talian, selain guru juga tidak tahu sejauh mana kefahaman anak muridnya dalam sesuatu subjek yang diajarkannya," katanya.
Malah, Mohamad Ali juga menyifatkan warga pendidik sebagai golongan barisan hadapan, kerana mereka berjuang dalam membantu memperkasakan pendidikan negara.
"Sumbangan dan peranan mereka amat besar kerana pendidikan adalah satu sektor utama yang penting, dalam membentuk masa depan negara," katanya.
Beliau menyarankan agar golongan pendidik terutama yang mempunyai masalah kesihatan, bekerja di luar bandar atau yang berada di kawasan sesak menjadi kriteria utama sebagai penerima vaksin ini.
Tidak ketinggalan, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang berpandangan, pemberian vaksin itu akan memberi perlindungan kepada warga guru sekali gus dapat meneruskan sesi PdP dalam kadar segera.
"Kita mendapati sesi pembelajaran secara pembelajaran di rumah dalam talian mempunyai banyak kelemahan, seperti peranti atau gajet yang tidak mencukupi, kelemahan jaringan internet, masalah disiplin dan kehadiran pelajar yang menyebabkan sesi PdP secara dalam talian terganggu.
"Langkah ini bagi memastikan murid-murid tidak terus tercicir dan sesi persekolahan dapat dibuka semula," katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, katanya, NUTP memohon pertimbangan khas daripada kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM), agar warga pendidik diutamakan untuk pemberian vaksin COVID-19 demi meningkatkan dan memperkasakan sistem pendidikan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020
DR ISMI ARIF: Guru dan anak murid akan menghabiskan masa yang agak lama dalam sesi persekolahan, jadi sewajarnya guru ini dilindungi supaya anak-anak murid yang akan bersama mereka berasa selamat. -Foto Ismi Arif Ismail
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
PM ucap Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik
Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberikan oleh guru-guru yang pernah mendidik beliau.
Vaksin COVID-19: Minimum satu dos buat warga pendidik mampu cegah kluster sekolah
Suntikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula secara berperingkat 1 Sept depan mampu membendung kewujudan kluster sekolah.
Semua pendidik terima sekurang-kurangnya satu dos sebelum sekolah buka - KJ
Setakat semalam, sejumlah 303,682 atau 73.5 peratus guru di seluruh negara menerima suntikan satu dos vaksin.
Guru wajar jadi penerima vaksin COVID-19, bantu lindungi murid - Pakar pendidikan
Guru dan anak murid akan menghabiskan masa yang agak lama dalam sesi persekolahan, jadi sewajarnya guru ini dilindungi supaya anak-anak murid yang akan bersama mereka berasa selamat.
Pesta Ponggal: Itu keputusan KPM, JAKIM hanya beri pandangan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya memberikan pandangan mengenai garis panduan kepada warga pendidik Muslim yang terlibat dalam perayaan Pesta Ponggal.
Matrikulasi: Pertikaian berterusan boleh jejas tumpuan warga pendidik - KP Pelajaran
Pertikaian berterusan melibatkan pelbagai pihak berkaitan kuota 90:10 kemasukan pelajar ke matrikulasi sehingga melampaui batas adab dan kesopanan adalah tidak sesuai dalam dunia pendidikan.