Seorang guru wanita sebuah sekolah rendah dekat Mentakab, Temerloh terpaksa berputih mata apabila kerugian RM392,800 selepas ditipu kekasih siber yang dikenalinya menerusi laman sosial pada Jun tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Supt Azizan Md Isa berkata, mangsa yang berumur 43 tahun berkenalan dengan lelaki warga asing yang dikenali sebagai Michael Saed, yang menjanjikan sebuah rumah, barang kemas dan wang tunai.
"Sepanjang perkenalan, mangsa telah dibuai dengan ayat-ayat manis termasuk dijanjikan barang kemas serta sekeping cek berjumlah RM500,000 atas nama mangsa untuk membeli rumah.
"Pada 23 Julai tahun lepas, seorang wanita telah menghubungi mangsa menerusi telefon memberitahu barang yang dihantar Michael tiba di Malaysia sebelum memintanya membayar kos penghantaran berjumlah RM5,700.
"Terpedaya dengan perkara itu, mangsa kemudian memasukkan wang berkenaan dua hari kemudian di sebuah bank di Temerloh sebelum dihubungi sekali lagi oleh wanita yang sama memintanya membayar lagi RM20,000 untuk tujuan memproses cek berjumlah RM500,000," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, tidak cukup dengan penipuan itu suspek terus memperdayakan mangsa dengan meminta guru wanita itu membayar kos penyediaan dokumen, bayaran peguam, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan lain-lain cukai.
Beliau berkata mangsa yang percaya dengan kekasih sibernya itu sanggup membuat pinjaman dengan ah long, adik-beradik dan menggadaikan barang kemas orang tuanya semata-mata mahu menuntut hadiah yang ditawarkan kekasih sibernya itu.
"Sepanjang tempoh berkenaan, didapati mangsa telah membuat 114 transaksi di dua bank berasingan di Mentakab melibatkan wang berjumlah RMRM392,800.
"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati barangan yang dikirim bersama sekeping cek kepadanya tidak kunjung tiba sebelum membuat laporan di Balai Polis Mentakab petang semalam," katanya.
Katanya kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara, sebat dan denda.
Bernama
Thu Mar 31 2016
Mangsa sanggup membuat pinjaman dengan ah long, adik-beradik dan menggadaikan barang kemas orang tuanya. - Gambar hiasan
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Guru wanita berputih mata ditipu kekasih siber RM392,800
Mangsa berkenalan dengan lelaki warga asing yang dikenali sebagai Michael Saed, yang menjanjikan sebuah rumah, barang kemas dan wang tunai.