awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita didakwa cederakan murid tahun tiga

Bernama
Bernama
03/03/2017
06:32 MYT
Guru wanita didakwa cederakan murid tahun tiga
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
Seorang guru Matematik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang murid perempuan Tahun Tiga di sebuah sekolah kebangsaan di sini, tahun lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.
Tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tujuh bulan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap murid perempuan yang ketika itu berusia sembilan tahun di sebuah sekolah, pada 8.10 pagi, 16 Jun 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin yang rendah atas alasan wanita itu sudah berkhidmat sebagai guru selama tiga tahun.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.
Turut hadir di mahkamah ialah suami tertuduh, wakil sekolah dan ibu mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cederakan murid
#guru didakwa
#kes mahkamah
#Sekolah Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan