awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita hadapi dua pertuduhan rasuah berkaitan pembelian alat sukan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/05/2022
04:34 MYT
Guru wanita hadapi dua pertuduhan rasuah berkaitan pembelian alat sukan
Haslina, guru di SMK Pokok Sena, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk membeli peralatan sukan. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH: Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas dua pertuduhan rasuah membabitkan pembelian peralatan sukan lima tahun lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, Haslina Kasah, 46 tahun, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, Kepala Batas, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk membeli peralatan sukan bernilai RM2,353.66.
Haslina yang belum melantik peguam dituduh menggunakan syarikat Hazwan Event Management, di mana beliau mempunyai kepentingan, untuk tujuan tersebut, pada 17 Oktober 2017.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada 19 Oktober 2017 didakwa menggunakan syarikat sama untuk membeli kelengkapan sukan bernilai RM522.66.
Berikutan itu, Haslina dituduh mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Zulhazmi Abdullah dan minta dibicarakan.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Azlan Basri memberitahu mahkamah, kesalahan dilakukan tertuduh serius dan memohon tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Tertuduh juga dikehendaki menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah selain melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai.
Bagaimanapun, tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana mempunyai lima anak berusia antara sembilan dan 20 tahun yang masih bersekolah, selain perlu menanggung ibunya.
Zulhazmi kemudian membenarkan tertuduh dikenakan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkannya menyerahkan dokumen perjalanan serta melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.
Mahkamah juga menetapkan 27 Jun depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Topic Berkaitan
#guru
#Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
#peralatan sukan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan