Seorang guru sebuah sekolah berasrama penuh berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap anak muridnya, November tahun lalu.
Tertuduh AB Malek Sanat, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya yang ketika itu berusia 16 tahun dengan cara menyentuh buah dada gadis berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel di Melaka Raya sekitar 3 petang hingga 9.30 pagi, antara 2 hingga 4 November tahun lalu.
Justeru guru warga emas itu didakwa mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Mazuin Hashim mencadangkan jaminan RM20,000 sebelum tertuduh yang diwakili peguam Andrew Lourdes merayu jumlah berkenaan dikurangkan berikutan anak guamnya menanggung seorang isteri dan tiga anak.
Norma kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Mar 21 2019
Guru warga emas itu (tengah) didakwa mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan. - Foto Astro AWANI
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Guru warga emas dituduh lakukan serangan seksual, sentuh dada pelajar
Seorang guru berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap anak muridnya.