JURI tetap All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Ramli MS meletakkan persembahan konsert minggu pertama yang dibawa oleh Naqiu sebagai penanda aras buat bintang GV lain.
Menjelaskan perkara itu, Ramli berkata kualiti persembahan dan kredibiliti seperti Naqiu itulah yang sepatutnya dipersembahkan di pentas GV10.
“Jika anda melihat pada Naqiu… Dia keluar seorang sahaja dan kontrol satu pentas. Dia memang ada stage presence tu, karisma.
“Dengan cara dia menyanyi, seorang sahaja tapi dia mampu mengawal semuanya. Versi dia menyanyikan lagu Jac ini sangat-sangat berlainan.
“Energinya sangat tinggi, ini yang saya mahukan dalam GV10, memang saya cakap ini adalah KPI,” jelasnya.
Ramli berkata demikian pada sidang media All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Bagaimanapun Ramli tidak menolak sekiranya selepas ini Naqiu mungkin berdepan dengan tekanan kerana bintang lain bakal memberikan persembahan lebih baik untuk melintasi penanda aras yang diberikan.
“Tapi selepas ini memang dia ada sedikit beban, apa yang dia akan lakukan selepas ini? Sebab KPI dia sudah diletakkan sebagai penanda aras yang tinggi.
“Saya percaya mereka yang lain juga akan bangkit dan mengejar. Jadi itu akan memberikan sedikit beban pada Naqiu. Tapi saya suka sebab akan ada cabaran di situ,” katanya.
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza ini dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. -Gempak
Gempak
Mon Sep 25 2023
Menjelaskan perkara itu, Ramli (kanan) berkata kualiti persembahan dan kredibiliti seperti Naqiu (kiri) itulah yang sepatutnya dipersembahkan di pentas GV10. -Gempak
Rawatan ikut keselesaan Faisal Halim - Ketua Perubatan Sukan SFC
SFC memberi tumpuan kepada bahagian bahu dan siku pemain sayap Gergasi Merah itu dalam usaha mendapatkan functional movement.
Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal
Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.
Permohonan ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik dibuka
Permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2024/2025 ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik kini dibuka hingga 22 Julai depan.
Pemain Itali tak boleh sentuh PlayStation
Jurulatih berusia 65 tahun dilaporkan melarang pemain Gli Azzurri bermain konsol PlayStation termasuk selepas waktu tengah malam.
Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro
Perlawanan pembukaan Euro 2024 menyaksikan tuan rumah, Jerman berdepan Scotland dalam saingan Kumpulan A.
Penyasaran subsidi diesel: KPDN panggil 10 syarikat umum kenaikan harga
Armizan memaklumkan, notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Harga barang binaan naik
Azman berkata, peningkatan tersebut boleh dikatakan tertinggi dalam sejarah, malah pembekal turut menetapkan harga-harga baharu sejak Isnin.
Arafah #QuranHour angkat surah al-Jumu’ah, al-Hajj
Program yang bertemakan 'Reset Takwa' itu mengangkat dua surah utama sempena perhimpunan terbesar umat Islam di Padang Arafah.
Anggota polis ditemui mati di tandas hentian R&R
Polis Daerah Nilai menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.
RichWorks gedung lahirkan usahawan jutawan negara
RichWorks mahu perkukuh peranan sebagai sebuah institusi keramat melahirkan usahawan berjaya yang menyumbang kembali kepada masyakarat.
GV10 kembali dihoskan Nabil dan Jihan.. "Terima kasih, Kak Kepom"
Elly Mazlein membuat keputusan mengundurkan diri daripada mengacarakan ASGV selepas selesai minggu ketiga.
GV10: Kak Lina undur diri, Nabil Ahmad 'speechless'
Pengacara Nabil Ahmad mengakui dia juga berasa terkejut apabila mengetahui keputusan rakan setugasnya iaitu Elly Mazlein mengundur diri.
Tiada kaitan dengan Aliff, saya ada hak pergi GV untuk sokong sesiapa - Sophia Albarakbah
Kata Sofea, dia hadir bagi menemani dan memberikan sokongan kepada sepupunya Aisha Retnio yang membuat persembahan untuk slot GV Live.
GV10: "Maaf sentiasa di bibirnya" - Elly Mazlein dedah sikap sebenar Azharina
Pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10), Elly Mazlein mendedahkan sikap sebenar Azharina yang merupakan bintang program berkenaan.
"Tiada pilih kasih dalam penjurian All Stars Gegar Vaganza" - Tok Ram
"Komen kami mungkin berlapik tetapi tiada favoritism... kalau ada favoritism rasanya tak akan keluar semua bintang sampai akhir," jelas Syafinaz Selamat.
GV10: Ayai, Zamani dan Aishah di paras bahaya, Tok Ram beri amaran
Semua bintang perlu melakukan persembahan lebih baik di konsert keempat memandangkan minggu tersebut mereka bakal berduet dengan artis undangan.
GV10: Senarai lagu tugasan konsert ketiga bertemakan 'putar kiri putar kanan'
Penyingkiran Cliff Umar serta Suki Low tidak mematahkan semangat 14 bintang yang meneruskan perjuangan untuk minggu ketiga Ahad ini.
Aishah kongsi jadual padat di GV10 dari Isnin hingga Ahad, ini rupanya yang berlaku
Tidak hanya menyanyi, para bintang juga memiliki komitmen lain yang harus dilaksanakan setiap minggu.
GV10: 'Dah level legend, kenapa nak masuk?' - Ezad Lazim dedah penampilannya tidak diketahui Exists
Ezad percaya penglibatannya di GV10 tidak menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan.
GV10: 'Dia keluar seorang, control satu pentas' - Ramli MS jawab jadikan Naqiu sebagai KPI
Menjelaskan perkara itu, Ramli berkata kualiti persembahan dan kredibiliti seperti Naqiu itulah yang sepatutnya dipersembahkan di pentas GV10.