KONSERT minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan tiada penyingkiran berlaku.
Bagaimanapun, tiga nama yang berada di tangga terbawah ialah Ayai Illusi, Zamani, dan Datuk Aishah.
Minggu ini juga menyaksikan beberapa bintang menerima komen yang agak pedas daripada juri tetap GV10 iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Dalam pada itu, Datuk Ramli MS (Tok Ram) juga sudah memberikan ‘warning’ kepada semua bintang untuk melakukan persembahan lebih baik di konsert keempat memandangkan minggu tersebut mereka bakal berduet dengan artis undangan.
Malah, kata Tok Ram, juri juga akan menjadi lebih tegas berbanding minggu sebelumnya.
Berikut merupakan recap minggu ketiga GV10:
1. Jaclyn Victor - Bole Chudiya (76.00%)
Hetty Koes Endang: “Awak memang sudah faham bahawa kompetisi harus mencabar diri sendiri, bukan peserta lain tetapi diri sendiri. Ada part kamu harus lebih sedikit beralun.”
2. Liza Hanim - Pantun Janda (74.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Liza Hanim ni kan bagi sahaja apa dia akan makan, dia tak kasi can.
Liza sangat pandai, dia tukar pada elemen Melayu, ada sedikit tempo lambat di bahagian yang berulang.
Satu saya nak minta daripada awak, tapi boleh tak awak tunjukkan nada rendah, itu yang awak tak tunjukkan pada kami lagi.”
3. Naqiu - Santai (74.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya suka persembahan ni, pandai main karakter.
Menyanyi, bercakap adalah satu teknik nyanyian berbeza dan bukan sesuatu yang mudah. Awak buktikan itu adalah satu keistimewaan.
Saya sibuk tengok muka you, sebab dia pandai mainkan peranan tu, nampak cute, pandai bercerita.
Saya risau dengar awak nyanyi sebab saya rasa awak perlu jaga suara. Saya harap awak jaga suara dengan baik.
Saya rasa awak seorang yang cerdik, range tak berapa besar tapi pandai mengolah persembahan.”
4. Noryn Aziz - Kemelut Di Muara Kasih (66.00%)
Hetty Koes Endang: “Memang hari ini peserta semua dicabar, ada yang lagu simple, ada yang memang berat tapi kompetisi tetap kompetisi.
Kamu menunjukkan emosi yang sangat baik, sesuai dengan isi cerita lagu. Bagus sekali.
Untuk nada tinggi memang kamu makan, tapi hati hati nada rendah; tetap harus fokus sebab ada flat.
Nada tinggi tembakan tepat. Isi cerita lagu masuk apa yang kamu sampaikan. Sukses,”
5. Aliff Aziz - Kasih (66.00%)
Hetty Koes Endang: “Rupanya kamu tampilkan malam ini menurut bunda keroncongnya sudah dapat.
Stail kualiti kamu masa pertama muncul tadi bukan kerana ini lagu saya tapi menurut bunda kamu berhasil.”
6. Nikki Palikat - Canggung (65.75%)
Datuk Ramli MS: “Etnik part banyak problem sebab dia bukan dalam melodi yang sama. Ada part cantik, ada part unstable.
Untuk penyanyi macam kamu menyanyi lagu macam ini, saya perlu bagi kredit. Tapi tak sampai ke nada sepatutnya.
Memang susah lagu begini. Anda memang Hang Jebat sukakan cabaran.”
7. Hady Mirza - Lemak Manis (65.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Biasa tengok nyanyi power, Hady ada powerful voice.
Tapi kali ni dapat lihat sisi berbeza Hady, lemah lembut yang manis daripada Hady. Itu adalah elemen dalam lagu Melayu.
Lenggok masih boleh diperbaiki. Saya faham lagu tradisional bukan mudah untuk dinyanyikan kalau tak biasa. Overall saya enjoy.”
8. Siti Nordiana - Temberang (62.75%)
Hetty Koes Endang: “Nampak mudah tapi perlu stamina bagus, lagu ini pendek pendek rapat rapat.
Kasi ekspresi lagi, bukan hanya menyanyi sahaja. Perlu lebih genit. Yang lain okey.”
9. Tomok - Cinta Tak Karuan (61.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Itu saya suka sebab awak sentiasa nak fikir liar daripada orang lain. Cuma saya kurang pasti dengan tema awak pada hari ini kena atau tidak, saya nampak agak messy.
Nampak macam pelik dan tak kena, lenggok agak keras, dangdut kena lembut sedikit.
Bila rap tadi saya suka. Lenggok tu tak cukup cantik, tak cukup lembut, tetapi idea kreativiti saya berikan pada Tomok.”
10. Ezad Lazim - Zapin Rindu Rinduan (58.00%)
Datuk Ramli MS: “Suara kamu macam tak minum air, serak sangat tekak. Terlalu banyak, lay back, macam sangkut.
Kami cuma nak dengar satu benda yang unpredictable, rhythm kamu tak gel.”
11. Azharina - Sayang Di Sayang (58.00%)
Hetty Koes Endang: “Menyanyikan lagu keroncong dengan pop itu tentunya ada perbedaan. Cumanya begini, menyanyi lagu keroncong tetap lirik kena harus tahu ke mana ceritanya.
Kamu yang menyanyi, betul Tok Tam irama boleh. Pembawaan bukan Tok Ram, Tok Ram bukan penyanyi, kamu penyanyi, jangan terjebak dengan irama.
Ingat, lirik lirik itu harus diperhatikan. Kamu jangan terlalu mendayu tetapi lagu ini diperlukan kamu mendayu."
12. Datuk Aishah - Pematah Hati (57.25%)
Datuk Ramli MS: “Lagu ni lagu orang muda, saya tak ada masalah dengan tone suara cuma tempo, feel dan penyampaian. Tak forward, kena tekan lagi, so feel tu tak sebati sangat, suara saya okey.”
13. Zamani - Yang Sedang Sedang (53.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya nampak menghafal lirik itu, saya faham masalah kita terutamanya orang orang berusia macam kita.
Untuk GV anda tak boleh selesa untuk hiburkan peminat. Anda harus sahut cbaran dan buat yang lain sedikit.
Saya hargai usaha malam ni. Saya rasa ini cabaran yang abang dah sahut, satu kelainan sebab kita tak pernah lihat Zamani gelek.
Tapi malam ini awak menyanyi sharp, maksudnya dia menyanyi lebih pada nada yang sepatutnya.”
14. Ayai - Donde
Datuk Ramli MS: “Untuk umur mcm ni okey lah. Tapi persembahan kamu mendatar. Anyway, itu lagu budak-budak sekarang, but it’s a good try.”
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein, manakala juri tetap pula ialah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. -Gempak
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Gempak
Mon Oct 09 2023
Antara tiga nama yang berada di tangga terbawah ialah Ayai Illusi, Zamani (kanan), dan Datuk Aishah (kiri). -Gempak
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
Azharina disahkan hidap kanser, bakal dibedah
Penyanyi Azharina Azhar mendedahkan menghidap kanser, bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihidapinya.
Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.
All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.
All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor dedikasi hadiah kemenangan untuk anak-anak
Jaclyn berkata dia berhasrat mengadakan majlis bersama dengan kelab peminat kelak tanpa perlu menggunakan wang kemenangan itu.
Juri sebulat suara memilih Jac untuk menang - Datuk Syafinaz
Syafinaz berkata keputusan mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara dibuat sebulat suara juri tetap ASGV.
All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
Menurut Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.
All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi
Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.
Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.
All Stars Gegar Vaganza: Netizen petik dua nama untuk ramalan juara!
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara All Stars Gegar Vaganza pilihan mereka.