Had tempoh jawatan perdana menteri langkah progresif wujudkan demokrasi seimbang

Chow menyambut baik pengumuman Kerajaan Persekutuan bahawa RUU berkaitan akan dibentangkan pada sesi Parlimen tahun ini selari dengan usaha memperkukuh amalan demokrasi dan tadbir urus yang lebih telus. - Gambar fail/Facebook Chow Kon Yeow
KUALA LUMPUR: Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh dilihat sebagai langkah pembaharuan institusi yang progresif ke arah pentadbiran negara yang lebih telus, berakauntabiliti dan berintegriti.
Ringkasan AI
- Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh dilihat sebagai langkah pembaharuan institusi yang progresif.
- Ketua Menteri Pulau Pinang menyokong cadangan tersebut kerana ia mencerminkan aspirasi rakyat untuk sistem tadbir urus yang lebih seimbang dan bebas penyalahgunaan kuasa.
- Pembentangan rang undang-undang berkaitan akan dibuat dalam sesi Parlimen tahun ini bagi memperkukuh amalan demokrasi dan tadbir urus yang lebih telus.
Chow turut menyambut baik pengumuman Kerajaan Persekutuan bahawa rang undang-undang (RUU) berkaitan akan dibentangkan pada sesi Parlimen tahun ini selari dengan usaha memperkukuh amalan demokrasi dan tadbir urus yang lebih telus.
Beliau berkata langkah itu adalah sebahagian daripada reformasi institusi penting untuk memperkukuh amalan demokrasi dan memastikan tadbir urus negara yang lebih telus serta berintegriti.
Beliau berkata pembaharuan berkenaan juga sejajar dengan inisiatif Pulau Pinang yang menjadi negeri pertama mengehadkan tempoh lantikan Ketua Menteri kepada dua penggal selepas pindaan Perlembagaan Negeri diluluskan pada 16 Nov 2018.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sekiranya seseorang Perdana Menteri menunjukkan prestasi yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara, tidak menjadi masalah untuk memegang jawatan itu bagi tempoh yang lama.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mengenai pembentangan rang undang-undang had tempoh jawatan Perdana Menteri itu ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026 di Putrajaya pagi ini.
Cadangan itu antara beberapa inisiatif reformasi institusi yang akan dibawa ke sesi Parlimen akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


