Skip to main content

Malaysia

'Love scam': Polis rekod kerugian RM3.5 juta dalam tempoh Januari tahun ini

81735374325_RusdiMohdIsa.jpg
Rusdi berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak lima kes berbanding tempoh sama pada tahun lepas. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Polis merekodkan 100 kes penipuan cinta atau love scam melibatkan kerugian RM3.5 juta dalam tempoh sebulan pada Januari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan hari ini berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak lima kes berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Advertisement

“Jumlah kerugian yang direkodkan pada Januari lepas adalah RM3.5 juta, menurun sebanyak 27 peratus berbanding RM4.9 juta kerugian pada Januari tahun lepas.

“Golongan wanita terus menjadi mangsa paling ramai dengan mencatat 60 peratus daripada jumlah kes manakala baki 40 peratus adalah lelaki. Sebanyak 72 peratus mangsa berusia 30 hingga 50 tahun,” katanya.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sindiket ini dan membuat semakan di portal Semak Mule PDRM di https://semakmule.rmp.gov.my.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video