Kerajaan Persekutuan akan menilai alasan Kerajaan Johor yang mengekalkan had maksima umur belia kepada 40 tahun.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penelitian akan dibuat sekiranya benar wujud campur tangan Istana Johor hingga menyebabkan kerajaan negeri itu beberapa kali menukar pendirian mereka.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berharap Istana Johor tidak masuk campur urusan Kerajaan Persekutuan berhubung had umur belia.
“Mesti ada campur tangan, sebab itu dia (Muhyiddin) kata begitu. Kita akan melihat sama ada wujud campur tangan atau tidak.
“Kita akan teliti dan melihat sama ada alasan yang diberi (Kerajaan Johor) diterima atau tidak,” katanya pada sidang media di Parlimen pada Khamis.
Pada Rabu, Muhyiddin berkata, Istana Johor boleh memberi pandangan berhubung apa jua perkara yang dirasakan perlu, namun kerajaan negeri harus diberi kebebasan untuk membuat keputusan akhir.
Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berjumpa dan memberi penjelasan kepada Istana Johor supaya pelaksanaan pindaan umur belia 15 hingga 30 tahun, dapat diseragamkan di seluruh negara.
BACA: Had umur belia: Johor buat pusingan U sekali lagi, terima nasihat 'beberapa pihak'
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jul 11 2019
Dr Mahathir berkata, Kerajaan Persekutuan akan meneliti alasan yang diberi Kerajaan Johor berhubung pendirian mengenai had umur belia. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Penurunan had umur belia percepat kematangan mereka - Pakar
Hampir empat tahun diluluskan oleh Parlimen, akhirnya kerajaan mengumumkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
Penurunan had umur belia, pecah sentimen anak muda tidak boleh memimpin - Malaysia Berdaya
Penguatkuasaan penurunan had umur belia kepada 30 tahun bermula Januari 2026 bantu memecahkan sentimen yang menganggap anak muda tidak boleh memimpin.
Pewartaan had umur belia kepada 35 tahun ditangguh - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan akan menangguhkan pewartaan had umur belia kepada 35 tahun sehingga kesemua persatuan belia atau sukan mengadakan pemilihan mereka sehingga tahun ini.
KBS, pertubuhan belia bincang isu had umur Selasa depan
Antara yang dibincangkan adalah untuk mencari jalan penyelesaian berkaitan pelaksanaan Akta 668 bagi memastikan situasi menang-menang.
KBS cari titik noktah isu had umur belia minggu depan
Ia bagi mencari jalan penyelesaian di sebalik isu penurunan had umur memegang jawatan di dalam persatuan belia kepada 30 tahun.
Istana Johor tiada hak campur tangan isu umur belia - PM
Istana Johor tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.