MALAYSIA
Had umur belia: MBM nafi dakwaan buat 'pusingan-U'

Mohd Izzat berkata, MBM telah berpendirian yang sebarang usaha penstrukturan semula landskap kepimpinan belia berlandaskan Akta 668 perlulah dilaksanakan secara berfasa dan berstrategi. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) menolak dakwaan bahawa pihaknya membuat ‘’pusingan-U” dalam pendirian berhubung isu pelaksanaan had umur belia 30 tahun mulai 1 Januari 2026.
Ringkasan AI
- MBM kekal konsisten dalam pendirian bahawa pelaksanaan had umur belia 30 tahun perlu dilakukan secara berfasa dan berstrategi, bukan secara mendadak mulai 1 Januari 2026.
- MBM menegaskan tiada dana khusus daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk program transisi kepimpinan belia, dan kenyataan RM1.5 juta oleh Menteri adalah tidak tepat serta mengelirukan.
- Tujuan penangguhan pelaksanaan penuh bukan untuk menolak dasar, tetapi bagi memastikan kestabilan organisasi belia dan kesinambungan program serta kepimpinan akar umbi.
"Malah ia perlu dilaksana dengan bantuan dana khusus dengan mengambil kira impak langsung terhadap struktur kepimpinan akar umbi serta kesinambungan program sedia ada,’’ kata kenyataan itu.
Tambahnya, permintaan MBM agar pelaksanaan penuh had umur belia pada 1 Januari 2026 diteliti semula bukanlah untuk menolak dasar tersebut, tetapi demi memastikan kestabilan organisasi belia serta kelangsungan program yang sedang berjalan.
Ini kerana ujarnya, tanpa mekanisme transisi yang tersusun dan tuntas, terdapat risiko besar terhadap kesinambungan kepimpinan, pengurusan dana, serta keupayaan pertubuhan belia melahirkan pemimpin pelapis berwibawa.
Pada masa sama, MBM berkata, dana transisi RM1.5 juta dinyatakan semasa jawapan lisan Hannah di Parlimen adalah tidak tepat dan boleh dianggap mengelirukan Dewan.
Ini kerana, tiada peruntukan khusus bagi program transisi kepimpinan belia daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada MBM dan badan gabungan.
‘’MBM hanya menerima dana pentadbiran serta peruntukan Rakan Muda yang khusus untuk pelaksanaan program di bawah 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Kenyataan Menteri Belia dan Sukan ini boleh dianggap mengelirukan Dewan.
‘’Sehingga kini, MBM hanya menggunakan peruntukan khas Perdana Menteri sebanyak RM1.5 juta daripada RM3 juta yang diumumkan bagi pelaksanaan program transisi kepimpinan belia di seluruh negara,’’ jelas kenyataan itu lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami