KUALA LUMPUR:Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon untuk membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah yang dikemukakan terhadapnya berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden PAS itu yang didakwa menghasut penganut agama berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah akhbar, lima tahun lalu.
Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Abdul Hadi berkata mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan tersebut.
"Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini. Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April)," katanya selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian hari ini.
Abdul Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua antaranya atas alasan saman itu tiada kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Kedua-dua plaintif memfailkan saman pemula terhadap Abdul Hadi pada 9 Dis tahun lalu, antara lain memohon pengisytiharan bahawa Abdul Hadi telah melakukan tindakan hasutan yang bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dan pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaaan Malaysia termasuk suatu jawatan yang setara dengan jawatan menteri.
Saman itu difailkan atas alasan Abdul Hadi telah mengeluarkan satu penyataan menghasut penganut atau mubaligh Kristian yang telah diterbitkan dalam sebuah akhbar pada 18 Jan 2016 dan kemudiannya dilaporkan oleh sebuah portal pada hari sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021
Peguam yang mewakili Abdul Hadi berkata mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan tersebut. - Gambar fail
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Mohd Azizi gagal hentikan PRK DUN Nenggiri
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memutuskan bahawa, Ahli Parlimen Gua Musang ini tidak berdepan kesulitan jika PRK dijalankan semula.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Keputusan permohonan empat ADUN P. Pinang pinda saman berkaitan Antilompat Parti 6 Okt
Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat hari ini berhubung permohonan ADUN tersebut.
Bursa Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap Serba Dinamik
Permohonan mahkamah dibuat berikutan kegagalan Serba Dinamik untuk mematuhi arahan Bursa Malaysia bertarikh 22 Okt, 2021.
Keputusan permohonan AGC batal saman pemula warga Korea Utara diekstradisi ke AS pada 24 Nov
Mahkamah Tinggi menetapkan 24 Nov untuk keputusan permohonan Jabatan Peguam Negara membatalkan saman pemula difailkan seorang ahli perniagaan dari Korea Utara.
Isu kerakyatan bayi baru lahir: Mahkamah tolak rayuan kerajaan
Mahkamah mendapati saman pemula itu tidak remeh seperti yang dinyatakan kerajaan dan melibatkan isu penting menjurus kepada tafsiran Perkara 8 dan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.
Akta Majlis Keselamatan Negara sah - Mahkamah Persekutuan
Zaleha berkata AMKN adalah sah dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Keselamatan Negara.
Mahkamah benarkan permohonan Hadi Awang batalkan saman berhubung kenyataan menghasut
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berjaya membatalkan saman pemula yang difailkan dua rakyat Sabah berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghasut penganut Kristian.
Jabatan Peguam Negara mohon batal saman ibu berhubung kewarganegaraan kanak-kanak
Antara alasan permohonan itu perlu dibatalkan adalah saman yang difailkan melalui saman pemula adalah suatu yang remeh serta menyalahgunakan proses mahkamah.
Hamid Sultan tarik balik saman terhadap dua peguam
Pada 4 Feb lepas, JEC yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah memutuskan untuk menggantung tugas Hamid Sultan sehingga 27 Ogos 2021.