awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadkan pembelian diesel subsidi tidak berlaku di seluruh Sabah - Armizan

Bernama
Bernama
31/12/2023
09:12 MYT
Hadkan pembelian diesel subsidi tidak berlaku di seluruh Sabah - Armizan
Permintaan tinggi terutama semasa musim perayaan dan cuti sekolah merupakan antara faktor stesen minyak terbabit terpaksa berbuat demikian. - Gambar fail
PAPAR: Situasi mengehadkan pembelian diesel bersubsidi bagi mengelak kehabisan bekalan baru-baru ini tidak berlaku di seluruh Sabah, sebaliknya hanya melibatkan stesen minyak di daerah dan syarikat minyak tertentu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata permintaan tinggi terutama semasa musim perayaan dan cuti sekolah merupakan antara faktor stesen minyak terbabit terpaksa berbuat demikian bagi memastikan semua rakyat memperoleh bekalan diesel.
Beliau berkata pihak kementerian melakukan semakan terhadap syarikat minyak berkaitan semalam dan dimaklumkan syarikat itu tidak memerlukan penambahan kuota diesel bersubsidi pada masa ini bagi memenuhi permintaan kerana bekalan sedang dihantar ke stesen minyak terlibat.
"Ada syarikat minyak yang menunggu kelulusan (terima bekalan diesel bersubsidi dalam kuota) mereka terpaksa hadkan pembelian supaya tidak terputus bekalan. Selain itu, keperluan (diesel) setahun itu untuk 2022 dan tahun ini di Sabah dan Sarawak semakin meningkat.
"Tetapi kita tidak nafikan ada penyelewengan dan penyeludupan. Pihak tidak bertanggungjawab pergi ke stesen minyak berkali-kali atau lokasi berlainan beli diesel ini melebihi kuota untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Fun Hike Keluarga Samat di Bukit Bendera di sini hari ini.
Armizan berkata selain subsidi bersasar, kementeriannya akan melaksanakan penguatkuasaan lebih tegas dan menyeluruh tahun depan.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah antaranya ADUN Elopura Calvin Chong dan ADUN Tanjung Aru Datuk Junz Wong kedua-duanya daripada Parti Warisan mendakwa tindakan stesen minyak mengehadkan jualan diesel bersubsidi menimbulkan masalah kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diesel
#had pembelian
#Sabah
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan