“IF the earth were a single state, Constantinople would be its capital.”
Kata-kata keramat oleh Napolean Bonaparte berkaitan kehebatan sebuah kota yang sangat hebat dan strategik ini.
Di kota Konstantinapole yang hari ini dikenali sebagai Istanbul inilah juga terletaknya sebuah binaan bernama Hagia Sophia atau Ayasofya iaitu sebuah bangunan bersejarah dan tersergam indah di kota Islam-Bol.
Letaknya betul-betul di hadapan Masjid Biru atau dikenali sebagai Sultan Ahmed Blue Mosque. Di antaranya terdapat al-Harem atau tempat mandian awam yang dibina semasa empayar Turki Uthmaniyyah. Di dalamnya dipenuhi dengan hiasan yang menarik berkaitan ajaran Kristian dan Islam. Susun aturnya masih lagi mengekalkan kegemilangan dan kemewahan empayar Rom dan Turki Uthmaniyyah. Dihiasi lilin besar dan kawasan ibadah Kristian di bahagian hadapannya. Di kanannya terdapat mimbar dan mini perpustakaan sebagai lambang keagungan dan keilmuan Islam. Gabungan kedua-dua agama samawi dan empayar hebat dunia suatu masa dahulu diterjemahkan dalam bentuk bangunan yang historikal dan penuh artistik ini.
Semua telah maklum, Hagia Sophia dibina oleh Emperor Justinian pada 532 dan siap sepenuhnya pada 537 masihi. Pada masa tersebut, Hagia Sophia adalah binaan terhebat dunia, tiada bangunan seumpama itu dan sebesar itu pernah dibina manusia. Ianya secara jelas membuktikan betapa hebatnya empayar Rom ketika itu hingga kisah-kisah kehebatan mereka ini disebut dalam Quran dan hadis. Malah Basilica Cistern atau sistem pengairan bawah tanah yang dibuat betul-betul di bawah tanah di sebelah Hagia Sophia juga menunjukkan betapa hebatnya teknologi kejuruteraan yang mereka miliki. Beberapa arca unik yang terdapat di sekitar masjid tersebut juga membuktikan hubungan luar yang hebat dengan dinasti lainnya termasuk China dan Mongul.
Akhirnya, tamadun yang hebat dan gagah ini telah ditumbangkan oleh seorang pemuda berusia 21 tahun iaitu Sultan Mehmet II atau dikenali juga sebagai Al-Fateh. Kejayaan beliau terinspirasi dari hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad: “Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Hasilnya Muhammad bin Murad bin Biyazid atau Sultan Mehmet II berjaya membuktikan hadis ini selepas 800 tahun kewafatan Rasulullah SAW. Walaupun pelbagai cubaan pernah dilakukan sebelumnya termasuklah dari sahabat rasulullah sendiri, Abu Ayyub Al-Ansari, akan tetapi kejayaan hanya akhirnya berjaya digapai oleh seorang Sultan yang muda dan cukup alim serta tinggi ilmunya.
Kejayaan Sultan Mehmet bukanlah kerana lemahnya Konstantinapole, akan tetapi lebih kepada kekuatan ketenteraan, keimanan yang tinggi dan strategi peperangan luar biasa yang dimiliki oleh beliau bersama 265,000 tentera yang di bahagikan kepada infantri berkuda, pemanah, pejalan kaki dan berani mati. Strategi yang tidak pernah dilihat dalam peperangan sebelumnya telah dipraktikkan di dalam peperangan ini termasuklah pembinaan menara bergerak dan meriam terbesar yang boleh menembak peluru seberat 300 kilogram. Malah yang tidak dapat dilupakan dunia ialah apabila Sultan Mehmet menggerakkan 60 buah armada perang melalui kawasan pergunungan di belakang Galata Tower di sebelah Anatolia. Konstantinapole yang sepertinya mustahil ditewaskan dan mempunyai rantai besi besar yang menghalang kapal masuk ke Selat Bosphorus dan Goldern Horn, akhirnya rebah ke bumi apabila dalam tempoh satu malam sahaja puluhan kapal perang Sultan Mehmet berada di hadapan tempok Konstantinapole.
Setelah kejayaan tersebut, Sultan Mehmet telah menukarkan gereja St Sophie menjadi Masjid Hagia Sophia dengan pengekalan simbol dan lambang St Mary, Jesus dan Trinity serta ditambah dengan simbol-simbol Islam lainnya. Selepas kematian beliau, Hagia Sophia telah diwaqafkan atas nama Islam begitu juga segala asset disekitarnya dan kekal lah ia menjadi masjid agung di bumi Turki walaupun terbinanya Masjid Biru pada 1606. Akan tetapi setelah bangkitnya Mustafa Kamal Ataturk pada 1927, Hagia Sophia telah ditukarkan fungsinya kepada Muzium, ianya adalah satu pengkhianatan kepada konsep waqaf yang telah dibangunkan oleh Sultan Mehmet dan para ulama Islam sebelumnya.
Rata-rata penduduk Turki menganggap insiden ini adalah sebagai malapetaka dan sumpahan kepada Turki. Teman saya yang bekerja di Fatih Sultan Mehmet Vaqif Universitasi mengatakan bahawa ‘Selama 86 tahun kami disumpah oleh Sultan Mehmet, dan selama itulah kami gagal dan tidak mampu bergerak maju ke hadapan’. Penduduk Turki melihat kejayaan mengembalikan semula harta Waqaf tersebut selepas dirampas selama puluhan tahun adalah era baru untuk Turki. Solat jumaat pertama kalinya selepas 86 tahun yang dilaksanakan pada 24 Julai lalu adalah sebagai tanda kebangkitan Islam dan kebangkitan Turki sebagai khilafah Islam yang baru.
Dalam coretan ini, apa yang ingin saya ulas ialah adakah tindakan mahkamah Turki menggembalikan status Hagia Sophia kembali sebagai masjid adalah satu tindakan yang tepat? Atau ianya adalah satu tindakan yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan hak asasi manusia? Ramai yang bersorak kegembiraan apabila mahkamah Turki menjatuhkan hukuman yang sebegitu. Ianya dianggap satu kemenangan kepada Islam, iaitu kembali menunaikan hak waqaf yang telah dibuat oleh Sultan Mehmet sekitar 500 tahun yang lalu.
Dari segi perundangan, ianya dianggap benar dan tepat akan tetapi dari segi moral ianya membawa kepada perbincangan disebaliknya. Bangunan bersejarah ini yang menjadi titik pertemuan antara dua agama samawi dan kehebatan dua empayar terbesar menjadi persaingan dan berakhir dengan ada yang menang dan ada yang kalah. Kekalahan yang dialami oleh penganut Kristian dan juga penentang konsep waqaf amat berat untuk ditelan. Kekalahan ini sepertinya membuka kembali luka berdarah yang dialami oleh Justinian di tangan Sultan Mehmet pada 1453m. Penganut Kristian melihat bagaimana gereja St Sophie ini dirampas oleh orang-orang Islam, status gereja ini perlu dikembalikan ataupun di diletakkan sebagai entiti berkecuali iaitu muzium.
Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat, Abdul Hadi Awang pada 18 Julai lalu mengatakan penentangan Barat terhadap keputusan mahkamah Turki adalah bukti Islamophobia. Sebenarnya ini bukan persoalan Islamophobia, ini adalah perjuangan perang salib yang tersimpan lama dahulu. Malah jika ditelusuri di Barat, berapa banyak gereja yang telah dibeli dan ditukar menjadi masjid oleh umat Islam. Mereka menerimanya dan dianggap sebagai komoditi yang boleh boleh dijual beli berdasarkan pasaran terbuka. Akan tetapi, bagi kes Hagia Sophia, ianya dianggap skrip yang jauh berbeza. Ianya juga adalah bukti kejatuhan Kristian. Bagaimana pula apabila keputusan mahkamah India membatalkan status masjid Babri dan memberikan hak tapak tersebut kepada penganut Hindu? Adakah ianya satu keadilan? Dan lihat pula bagaimana reaksi masyarakat Muslim di India hingga membawa kepada pertempuran dan kematian serta kemusnahan harta benda. Akan tetapi reaksi berbeza dapat dilihat di Barat dengan keputusan oleh mahkamah Turki ini. Keadannya lebih aman dan terkawal serta tidak timbul sebarang insiden yang tidak diingini.
Dari sudut historikal juga, Hagia Sophia mempunyai sejarah ketamadun yang cukup besar. Di dalamnya terdapat pelbagai simbol kedua-dua agama samawi yang hampir mustahil untuk dihapuskan. Hagia Sophia yang juga diiktiraf sebagai Warisan Sejarah Dunia oleh UNESCO perlu dipelihara dan dijauhkan daripada sebarang bentuk kerosakan. Dunia mungkin menerimanya sebagai muzium yang unik, tetapi tidak bagi masyarakat Turki. Dunia memandang dari aspek moral, bahawa tapak warisan dunia ini perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan umum tanpa berpihak kepada mana-mana agama. Apa yang pasti, kerajaan Turki telah menjamin status Hagia Sophia akan kekal sebagai aset bersejarah yang boleh dilawati oleh sesiapa pun, warisan kesenian dan sejarah yang terkandung didalamnya akan kekal sebagai sebuah warisan yang tidak ternilai.
Walaupun dari segi undang-undangnya keputusan tersebut adalah baik dan diterima dengan gembira, akan tetapi dari segi moralnya ia menimbulkan sedikit kekeliruan. Saya melihat keputusan ini adalah mengembalikan hak waqaf yang tertangguh perlaksanaannya selama 86 tahun di bumi Turki. Dalam masa yang sama, status muzium yang dimiliki oleh Hagia Sophia dilihat cukup sesuai dengan mengambilkira sudut historikal dan artistiknya. Walau bagaimanapun, janji pemerintah Turki untuk membuka Hagia Sophia kepada sesiapa sahaja yang ingin mengunjunginya adalah merupakan satu tindakan yang bermoral. Menerima kekalahan bukannya mudah, bertolak ansur atas dasar moral juga bukannya mudah. Maka lihatlah dengan mata hati bukan mata nafsu semata-mata, lebih-lebih lagi jika yang menang itu adalah ego. Adakalanya kita kelihatannya menang, tetapi dalam erti kata lainnya kita kalah, dan ada ketikanya kita kelihatannya kalah, tetapi dalam erti kata lainnya kita menang.
*Prof Madya Dr Mohd Mizan Aslam merupakan Profesor Madya UniMAP dan Pakar Kajian Strategik & Anti Keganasan
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Mohd Mizan Aslam
Tue Aug 11 2020
Di kota Konstantinapole yang hari ini dikenali sebagai Istanbul inilah juga terletaknya sebuah binaan bernama Hagia Sophia atau Ayasofya iaitu sebuah bangunan bersejarah dan tersergam indah di kota Islam-Bol. - Gambar fail/REUTERS
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.