MAKKAH: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad memuji perkhidmatan terbaik yang dipamerkan Lembaga Tabung Haji (TH) sejak musim haji 1443 Hijrah bermula.
Beliau berkata, komitmen oleh TH bukan sahaja ketika jemaah berada di Tanah Suci malah bermula dari tanah air dan kesungguhan TH dalam menyantuni duyufurrahman atau tetamu Allah harus diberi penghargaan semua pihak.
"Jemaah haji Malaysia memang bertuah... saya 'tabik spring' kepada TH.
"Keselesaan dan kebajikan jemaah haji menjadi sasaran utama TH bagi memudah serta menyempurnakan urusan jemaah ke arah haji mabrur," katanya kepada pemberita di Hotel Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat TH dan penginapan jemaah Malaysia hari ini.
Terdahulu, beliau yang tiba untuk lawatan kerja telah diberi penerangan mengenai operasi dilaksanakan TH sepanjang musim haji 1443 Hijrah dan persediaan ketibaan hari wukuf.
Menurut Idris, persediaan operasi masyair telah siap sepenuhnya bagi menyambut jemaah haji ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bermula Khamis ini.
"Perkhidmatan sokongan seperti perubatan juga berada pada tahap terbaik dan telah memulakan operasi dengan memberikan perkhidmatan kepada jemaah sejak tiba di bumi barakah ini 4 Jun lepas," katanya.
Selain itu, Idris memaklumkan 49 penerbangan catar telah digunakan bagi membawa jemaah haji Malaysia menerusi Malaysia Airlines Berhad dan Saudia Airlines, malah kesemua 14,306 jemaah haji Malaysia telah sampai ke Makkah.
Beliau berkata, penerbangan terakhir tiba pada hari ini kira-kira 10.50 pagi waktu Arab Saudi.
"Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kejayaan pelaksanaan inisiatif prapelepasan Makkah Route.
"Juga atas kepercayaan kepada Malaysia sebagai negara pertama menerima permit hospital dan juga pertama dalam memilih waktu melontar. Ini sudah pasti akan memberikan keselesaan kepada duyufurrahman," katanya.
Pada lawatan itu, Idris berkesempatan beramah mesra dengan jemaah yang menginap di Abraj Al Janadriyah dan rata-rata mereka meluahkan keterujaan untuk menyambut hari wukuf yang menjadi kemuncak dalam ibadah haji. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
Idris Ahmad (kiri) mendengar taklimat daripada pegawai Lembaga Tabung Haji mengenai pengurusan haji sebaik tiba di Makkah. - Gambar Instagram IDRIS AHMAD
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im
Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji.
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
2,000 jemaah haji alami keletihan haba
Perkara itu diumumkan pegawai Arab Saudi, selepas suhu meningkat kepada 48 darjah Celsius sejak dua hari lepas.
Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh, Thailand sambut Aidiladha pada 29 Jun
Aidiladha disambut pada pada 10 Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah.
Letih lesu di Tanah Suci, pakar kesihatan senaraikan kenduri sebelum berangkat antara punca
Walaupun kesihatan bakal haji baik sebelum ke Tanah Suci, tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila berada di sana.
Ismail Sabri cadang TH kaji semula tempoh tunai haji
Empat pakej tempoh masa menunaikan ibadah haji boleh diperkenalkan iaitu 14, 21, 30 dan 40 hari.
Ukur kemampuan, ambil kira kenaikan kos sebelum tunai haji - Idris
Bakal jemaah dinasihatkan supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji.
Haji: Titik permulaan untuk berubah jadi lebih baik - Idris
Jemaah haji Malaysia disaran mengambil pengalaman ketika mengerjakan Rukun Islam Kelima itu sebagai titik permulaan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Musim terbesar ibadah haji 1443H bermula secara rasmi
Musim ibadah haji tahun 1443 Hijrah telah bermula secara rasmi semalam selepas dua tahun dihentikan akibat penularan COVID-19, menyaksikan ratusan ribu jemaah haji mula melakukan "Tawaf Qudum".