MEKAH: Khidmat penjagaan spiritual di Tanah Suci, mungkin ia agak pelik tetapi itulah perkhidmatan terbaharu yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH), kepada jemaah bagi menyesuaikan keperluan semasa.
Pegawai Perubatan Spiritual Dr Ahmad Fahmi Md Sahray berkata beliau bukan sahaja akan menerima pesakit yang datang ke pusat perubatan, tetapi juga melakukan kunjungan dari bilik ke bilik.
"Dalam konteks perlaksanaan haji semasa menjalani ibadah di Tanah Suci, terdapat satu keadaan yang dipanggil 'heightened spiritual experience' yang dibimbangi boleh memberi kesan kepada seseorang individu sekiranya tidak ditangani dengan baik.
"Ia boleh memberi kesan negatif kepada pesakit, contohnya pesakit mudah untuk mengalami krisis spiritual, hingga menyebabkan mereka tidak mempunyai kekuatan dalam mendepani sesuatu cabaran walaupun ia ujian kecil," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Perubatan TH Syisyah, di sini.
Dr Ahmad Fahmi berkata sekiranya aspek spiritual diberi perhatian dengan sewajarnya, pesakit boleh dibimbing untuk memperoleh sumber kekuatan dalam menempuh pelbagai situasi.
Katanya, terdapat kes pesakit yang dimasukkan ke dalam wad dan timbul persoalan dalam diri pesakit itu sendiri kenapa mereka ditimpa musibah di Tanah Suci, sedangkan mereka telahpun berbuat amalan yang baik.
"...ada pesakit yang merasakan itu sebagai hukuman terhadap dosa mereka yang lalu.
"Persoalan spiritual ini jika tidak dapat dibendung dan ditangani dengan baik. boleh menyebabkan pesakit jatuh dalam krisis spiritual hingga mereka mudah berputus asa untuk meneruskan perjalanan ibadah haji yang lebih mencabar, terutama semasa hari wukuf di Arafah," katanya.
Tambah beliau, definisi spiritualiti dalam bidang kesihatan ialah aspek dalaman seseorang yang mempunyai kaitan dengan pencarian terhadap makna, tujuan kehidupan, hubungan dengan Tuhan juga sesama manusia dan alam sekitar.
Ketika ditanya pengalaman berhadapan pesakit sedemikian, beliau yang bertugas di Unit Spiritualiti dan Kesihatan, Hospital Sungai Buloh berkata terdapat ramai pesakit yang dirujuk, selepas dipantau pakar psikiatri dan pegawai psikologi.
"Sepanjang berada di tanah suci ini, pernah juga saya temui jemaah yang menangis di luar bilik yang apabila ditanya, jemaah tersebut menyatakan bahawa dia tidak tahan dengan rakan sebilik yang uzur yang menyusahkannya sehingga dilihat menghalang beliau dari menjalani ibadah dengan baik.
"Beliau menganggap perkara itu suatu yang malang sedangkan jika dinilai dari aspek spiritual yang betul, ia sebenarnya boleh dilihat sebagai peluang di mana Allah hendak memberi ganjaran yang lebih besar jika dia membantu insan yang lemah," katanya.
Tambah beliau, apa yang akan diberikan kepada pesakit bukanlah dalam bentuk ubat-ubatan tetapi 'kehadiran yang penuh belas ihsan', dengan kekerapan meluangkan masa bersama pesakit supaya mereka tidak berasa keseorangan dalam berhadapan kesusahan.
Perkhidmatan penjagaan spiritual sinonim dengan perkhidmatan perubatan di negara Barat seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Dr Ahmad Fahmi berkata sekiranya aspek spiritual diberi perhatian dengan sewajarnya, pesakit boleh dibimbing untuk memperoleh sumber kekuatan dalam menempuh pelbagai situasi. - Gambar hiasan/REUTERS
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Haji: Khidmat penjagaan spiritual dilaksana di Tanah Suci
Beliau bukan sahaja akan menerima pesakit yang datang ke pusat perubatan, tetapi juga melakukan kunjungan dari bilik ke bilik.