Lembaga Tabung Haji (TH) tidak mengadakan lawatan jemaah ke ladang-ladang unta pada musim haji ini bagi mengelak jangkitan virus Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV).
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Tan Sri Ismee Ismail berkata dalam mengekang jangkitan virus itu, TH meminta para jemaah haji supaya sentiasa memakai topeng mulut dan hidung.
"Jemaah haji perlu sentiasa menggunakan penutup mulut dan hidung yang akan dibekalkan oleh TH di stesen-stesen berlepas nanti.
"Selain itu, jemaah haji juga harus mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kursus Perdana Haji Musim Haji 2014 peringkat Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Stadium Tertutup Nilai di sini, hari ini.
Ismee berkata gejala utama jangkitan penyakit itu adalah demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.
Beliau turut menyarankan jemaah supaya membawa sejadah sendiri ke masjid untuk menjamin kesihatan mereka.
Sementara itu, Mohamad menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga kesihatan dan mengelak daripada melawat pasar-pasar haiwan.
"Jika mahu membayar dam atau melaksanakan ibadah korban, serahkan perkara itu kepada pihak TH," katanya.
Sambil meminta para jemaah tidak perlu bimbang dengan virus MERS-CoV, beliau menasihatkan mereka supaya mematuhi arahan TH demi keselamatan dan kesihatan mereka.
Seramai 865 orang bakal haji di Negeri Sembilan mengikuti Kursus Perdana Haji anjuran TH yang berlangsung dua hari mulai hari ini.
Bernama
Sat Aug 16 2014
Gejala utama jangkitan MERS-CoV adalah demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas - Gambar Hiasan
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.