SEREMBAN: Aspek pertukaran mata wang, kesan daripada pandemik COVID-19 dan cukai nilai tambah (VAT) adalah antara faktor peningkatan kos haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Beliau berkata bagaimanapun, kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah ketika ini.
"Jika melihat pada perkembangan ekonomi dunia, kita terpaksa meningkatkan kos itu, namun TH dan kerajaan cuba memastikan kos ditanggung para jemaah tidak membebankan selain turut memberikan bantuan kewangan sangat besar kepada para jemaah tahun ini.
"Dalam kalangan B40, Tabung Haji memberi peruntukan lebih 63 peratus dibantu lagi dengan RM1,000, manakala M40 (42 peratus), ini menunjukkan bagaimana kerajaan dan Tabung Haji telah berusaha bantu meringankan beban jemaah tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Asas Haji dan Kenduri Masjid 2024 di Masjid Qaryah Paroi Jaya di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, TH mengumumkan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk menunaikan ibadat itu tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu tahun ini ditetapkan pada RM12,356, M40 (RM19,152), manakala bagi kumpulan T20, mereka akan dikenakan bayaran penuh kos iaitu RM33,300 seorang.
Sementara itu, Hamidah Payun, 61, yang bakal menunaikan haji tahun ini berkata kenaikan kos pada tahun ini adalah satu keputusan yang wajar dilakukan oleh Tabung Haji dan kerajaan memandangkan pelbagai kos perbelanjaan semakin meningkat setiap tahun.
"Pada saya, kenaikan kos itu tidak menjadi masalah dan masih berpatutan, kalau kita lihat sekarang semua kos meningkat, jadi wajarlah ada peningkatan," katanya yang menabung di TH sejak 2008 hasil duit pemberian suami setiap bulan.
Bagi pesara swasta, Zulkifli Dahlan, 60, dia telah menjangkakan kenaikan kos haji kerana kos untuk menunaikan ibadah umrah juga meningkat sejak beberapa tahun ini.
"Dulu, saya pergi umrah pada 2019, kos berjumlah RM6,000 kemudian saya pergi lagi pada tahun lepas telah naik RM8,500 ... jadi ia bukan satu isu, peningkatan kos itu memang akan berlaku, saya rasa negara lain kos mereka lagi tinggi berbanding negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah. - AP
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Badal haji: Mangsa penipuan dinasihat lapor polis
Mohd Naim berkata, rakyat Malaysia secara umum terkenal dengan 'lembut hati' dan mudah mempercayai orang lain, terutama apabila membabitkan urusan ibadah antara punca kes berkenaan masih berlaku.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada se
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Manfaatkan sepenuhnya Hari Arafah
Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia hari mustajab doa selain hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan mahu segera laksana subsidi petrol bersasar, tapi sangat rumit - PM Anwar
Anwar berkata, kerajaan sedar penetapan mekanisme berkenaan, termasuk bagi diesel dan RON95, tidak mudah dan agak kompleks.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.