awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji disahkan positif COVID-19

Assim Hassan
Assim Hassan
09/10/2020
15:06 MYT
Hajiji disahkan positif COVID-19
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19.
Menurut Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Effendi Mohamed Sunoh, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu kini menjalani kuarantin wajib di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu.
"Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi. Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.
"Hajiji kini menjalani rawatan di QEH bagi rawatan lanjut dan kesihatannya baik serta stabil," katanya dalam kenyataan lewat malam Jumaat.
Tambah Effendi, walaupun sedang menjalani rawatan, Hajiji masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video selain pentadbiran kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.
Sehubungan itu, Hajiji turut mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Sabah dan Malaysia selamat daripada COVID-19.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.
Kata Safar, langkah itu dibuat secara sukarela oleh Hajiji setelah beliau terdedah kepada individu positif COVID-19.
Safar turut memaklumkan kerajaan negeri berfungsi seperti biasa dan sebarang mesyuarat akan dilakukan melalui sidang video.
Topic Berkaitan
#Hajiji Mohd Noor
#positif
#COVID-19
#Effendi Mohamed Sunoh
#Sabah
#Julia Salag
#Safar Untong
#PRN Sabah
#Ketua Menteri Sabah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan