awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji tiba di Istana Negeri untuk Istiadat Angkat Sumpah

Syah Hairizal Kamalul Arifin, Hasimi Muhamad
Syah Hairizal Kamalul Arifin, Hasimi Muhamad
29/09/2020
01:35 MYT
Hajiji tiba di Istana Negeri untuk Istiadat Angkat Sumpah
Hajiji tiba di Istana Negeri pada pukul 9.30 pagi bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah ke-16, di sini. -Gambar fail
KOTA KINABALU:Datuk Seri Hajiji Mohd Noor tiba di Istana Negeri pada pukul 10 pagi bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16, di sini.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu yang menaiki kenderaan jenis Toyota Super King berwarna hitam dilihat sempat melambai tangan ke arah media.
Istiadat Angkat Sumpah yang diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dijadualkan berlangsung pada pukul 10.30 pagi ini.
Terdahulu, turut hadir sama adalah rombongan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk ADUN Lamag, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Difahamkan, seramai 150 wakil dijemput menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah.
Namun, dianggarkan hanya 80 orang sahaja dibenarkan memasuki balairung Istana Negeri.
[10:27AM] Datuk Seri Hajiji Mohd Noor tiba di Istana Negeri pada pukul 10 pagi bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16, di sini.#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/N0QCHzdqXM
— Astro AWANI (@501Awani) September 29, 2020
Pada Isnin, Hajiji menerima watikah daripada Juhar bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Watikah tersebut diserahkan beberapa jam selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.
Sementara, Bung Moktar yang sebelum ini antara yang disebut menjawat jawatan tersebut menegaskan sekarang adalah masa untuk menumpukan usaha menyelesaikan masalah rakyat dan negeri.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16, GRS yang dianggotai PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 38 kerusi.
Topic Berkaitan
#Hajiji Mohd Noor
#Istana Negeri
#Istiadat Angkat Sumpah Jawatan
#Ketua Menteri Sabah
#Pengerusi Perikatan Nasional PN Sabah
#Juhar Mahiruddin
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
#Bung Moktar Radin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan