Hak wartawan adalah tonggak demokrasi - MMM

MMM menyambut baik penegasan kerajaaan terhadap hak wartawan untuk mengemukakan soalan yang relevan tanpa rasa takut atau ancaman. - Majlis Media Malaysia
KUALA LUMPUR: Majlis Media Malaysia (MMM) menyambut baik penegasan kerajaan terhadap hak wartawan untuk mengemukakan soalan yang relevan tanpa rasa takut atau ancaman.
Ringkasan AI
- Majlis Media Malaysia (MMM menyokong hak wartawan untuk bertanya soalan tanpa rasa takut atau ancaman, menegaskan ia adalah asas kepada fungsi media sebagai semak dan imbang dalam demokrasi.
- Kontroversi tercetus selepas kenyataan Nga Kor Ming yang dilihat sebagai intimidasi terhadap wartawan, namun beliau telah memohon maaf dan bersedia bertemu pihak berkaitan untuk menjernihkan keadaan.
- MMM menekankan isu wartawan harus diselesaikan melalui saluran rasmi, bukan dengan ugutan, dan menggalakkan dialog terbuka demi kebebasan media dan ketelusan kerajaan.
"Kami menghargai kenyataan yang dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil susulan perbincangan Jemaah Menteri mengenai kejadian itu.
"Beliau menegaskan kepentingan melindungi hak dan tanggungjawab wartawan untuk menyoal menteri serta pegawai kerajaan mengenai isu berkepentingan awam (iaitu) satu prinsip asas kepada ketelusan dan akauntabiliti.
"Perkara ini timbul susulan pertukaran kenyataan sebelum ini antara Nga Kor Ming, dan seorang wartawan daripada Utusan Malaysia.. (yang mana) Nga dilaporkan berkata, “Saya akan ingat, dan saya akan hubungi ketua editor anda. Saya tidak mahu anda datang ke sini dan merosakkan majlis dengan soalan seperti itu”.
"Ini memberi gambaran beliau akan menghubungi pengarang Utusan Malaysia untuk membuat aduan. Kenyataan sebegini boleh dilihat sebagai satu bentuk intimidasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
MMM menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab profesional wartawan untuk bertanyakan soalan dan mendapatkan perjelasan mengenai dasar, program, dan tindakan kerajaan.
Sekiranya seorang wartawan didakwa bertindak tidak wajar ketika menjalankan tugas, tindakan yang tepat ialah pihak yang berkaitan mengemukakan isu tersebut kepada penerbit dan jika tidak diselesaikan, melakukan aduan rasmi kepada MMM.
Ujarnya, walaupun wakil kerajaan berhak menyuarakan pandangan mereka, namun adalah tidak wajar bagi pegawai awam mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai ugutan atau usaha menyekat kebebasan media.
"Kami turut mengambil maklum secara positif bahawa beliau (merujuk kepada Nga Kor Ming) telah mengakui kenyataannya yang tidak wajar dan telah memohon maaf.
"Beliau juga bersedia untuk bertemu dengan pihak berkaitan bagi menjernihkan keadaan.
"Majlis melihat pendekatan sebegini sebagai konstruktif dan menggalakkan dialog terbuka untuk menyelesaikan isu tersebut," jelasnya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


