Skip to main content

Dunia

Markas Pusat AS sahkan kematian Komander Tentera Laut IRGC Iran

FILE: Israel claims to have killed Iran's IRGC commander Tangsiri, no confirmation from Tehran
Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Khamis mengesahkan kematian Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Laksamana Alireza Tangsiri akibat serangan udara Israel. - Gambar fail Reuters

WASHINGTON: Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Khamis mengesahkan kematian Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran akibat serangan udara Israel.

Anadolu Ajansi melaporkan, Komander CENTCOM, Laksamana Brad Cooper dalam satu kenyataan berkata, IRGC di bawah pimpinan Laksamana Alireza Tangsiri selama lapan tahun,  "mengganggu beribu-ribu pedagang laut yang tidak bersalah, menyerang beratus-ratus kapal dengan dron serangan sehala serta peluru berpandu dan membunuh ramai orang awam."

Advertisement

Laporan itu menyatakan seorang pegawai Israel berkata pada Khamis yang Tangsiri terbunuh dalam satu serangan udara di  Bandar Abbas di selatan Iran, sambil berkata komander Iran itu bertanggungjawab ke atas penutupan Selat Hormuz.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 

Must Watch Video