Seorang gelandangan berusia 25 tahun terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh seorang warga Myanmar, dua tahun lepas.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Abdul Aziz Ibrahim.
Dalam penghakimannya, Amelia berkata kes pendakwaan bergantung terutamanya kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian iaitu di Restoran Shukran, Wisma Cahaya Suria, Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini.
Beliau berkata mahkamah tidak mengatakan dalam kes yang sesuai di mana rakaman CCTV jelas merakamkan perbuatan sesuatu kesalahan dilakukan dan identity pelaku jelas dikenalpasti tetapi kes prima facie tidak boleh dibuktikan hanya semata-mata berdasarkan kepada rakaman CCTV.
"Mahkamah mendapati bahawa tanpa bukti rakaman CCTV itu, pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa tertuduh yang telah menyebabkan kematian si mati," kata Amelia.
Berikutan kegagalan itu, beliau berkata tidak ada keperluan bagi mahkamah mempertimbangkan sama ada perbuatan dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan kepada si mati dan sama ada kecederaan itu mencukupi dalam amalan biasa untuk menyebabkan kematian.
Amelia berkata pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan perakuan kepada bukti rakaman CCTV itu.
"Mahupun ada sebarang keterangan lisan dikemukakan daripada saksi pendakwa, juruteknik Zaidi Hanapi, untuk menunjukkan rakaman CCTV dihasilkan oleh computer seperti dalam amalan penggunaan biasa," katanya.
Beliau berkata tanpa bukti rakaman CCTV itu, mahkamah juga tidak dapat menemui kes prima facie atas sebarang tuduhan yang lebih rendah.
Mohd Abdul Aziz, dari Kampung Tepi Laut, Menumbuk, Sabah,didakwa membunuh Bar Bar di restoran berkenaan, berdekatan Pudu Sentral pada pukul 12.40 pagi, 15 Okt, 2011.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, P. Viknesvaran manakala tertuduh diwakili peguam Halim Ashgar Hilmi.
Bernama
Fri Jun 07 2013


TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
KK Super Mart mengecam kekejaman terhadap haiwan dan bersedia menanggung kos rawatan perubatan anjing tersebut.

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.

Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak
Perintah reman dikeluarkan Majistret terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.