KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman FGV Holdings Berhad terhadap bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat itu, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah yang akan bersambung di Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Februari ini, akan didengar di hadapan hakim lain.
Saman itu difailkan FGV Holdings bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM7.69 juta membabitkan kondominium mewah di Troika, Persiaran KLCC yang didakwa dibeli dengan harga melebihi pasaran.
Peguam Lavinia Kumaraendran yang mewakili Mohd Isa selaku defendan pertama berkata perbicaraan kes itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin, menggantikan Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon yang telah berpindah ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
"Pada prosiding pengurusan kes kali pertama menerusi Zoom di hadapan Yang Arif Datuk Arief Emran hari ini, mahkamah menetapkan perbicaraan bersambung 21 dan 23 Februari serta 28 dan 29 Mac ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Lavinia berkata plaintif akan mengemukakan 32 lagi saksi untuk memberi keterangan, namun mahkamah mengarahkan pihak-pihak mempertimbangkan semula klasifikasi dokumen-dokumen agar jumlah saksi boleh dikurangkan.
Seramai 13 saksi plaintif telah memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu yang bermula awal 2020.
FGV Holdings Berhad selaku plaintif menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 30 November 2018, menjelaskan saman difailkan terhadap kedua-dua defendan itu adalah berhubung pembelian kondominium mewah di Troika, Persiaran KLCC oleh FGV dengan harga dikatakan melebihi pasaran.
Syarikat itu memaklumkan saman berkenaan juga berkaitan penyalahgunaan kenderaan syarikat dan faedah petrol oleh Mohd Emir.
Justeru, FGV menuntut RM4.54 juta daripada kedua-dua defendan berhubung pembelian kondominium berkenaan dan RM3.15 juta daripada Mohd Emir atas dakwaan menyalahgunakan kenderaan syarikat serta faedah petrol, selain menuntut faedah pada kadar lima peratus setahun terhadap ganti rugi diberikan mulai dari tarikh pemfailan saman itu sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Saman ke atas Isa itu difailkan FGV Holdings bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM7.69 juta membabitkan kondominium mewah di Troika, Persiaran KLCC yang didakwa dibeli dengan harga melebihi pasaran. - Gambar fail
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Edar kanabis, lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Hukuman mati warga Kemboja diganti penjara 60 tahun, sebabkan kematian kanak-kanak, wanita
Hukuman mati diganti dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap empat pertuduhan di bawah Seksyen 304(a).
Rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar pada 18 Julai ini
Peguam Emile Ezra Md Hussain, yang mewakili Peter, 53, mengesahkan perkara itu.
Pereka grafik didakwa rompak jongkong emas, telefon bimbit milik warga India
M. Ramesh Raj bersama seorang suspek yang masih bebas melakukan perbuatan itu di lorong belakang sebuah restoran, Jalan Masjid India 19 Februari lepas.
Dua lagi individu didakwa anggotai kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik'
Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Tunggakan cukai: Mahkamah batal rayuan Muhammad Shafee fail tuntutan balas
Panel tiga hakim memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.
Bicara kes 22 Julai, Sanusi akan kemuka representasi batal tuduhan menghasut
Peguam yang mewakili Sanusi memaklumkan hakim bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menghantar representasi itu dalam tempoh empat bulan.
Prosiding komital terhadap Isham Jalil didengar 4 Mac
Mahkamah mengarahkan pendakwa raya memfailkan hujahan pada atau sebelum 29 Februari ini.
Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah
Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Penganggur dipenjara 30 tahun, 10 sebatan culik tiga lelaki warga Bangladesh
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara turut mengekalkan hukuman 10 sebatan yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Suhaimi Alias, 47.