Skip to main content

Malaysia

Hala tuju SOSMA, isu pelarian perlu diperhalusi - Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA, 8 Jun -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Auditorium Setia Perkasa, Kompleks Setia Perkasa hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Saifuddin Nasution berkata SOSMA dan isu pelarian tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja dan perlu mengambil kira perkembangan terkini, cabaran di lapangan serta pendekatan yang perlu diambil selepas ini. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Hala tuju Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan isu pelarian perlu diperhalusi dengan mendalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau yang mempengerusikan perbincangan berkaitan dua isu berkenaan pagi ini berkata SOSMA dan isu pelarian tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja dan perlu mengambil kira perkembangan terkini, cabaran di lapangan serta pendekatan yang perlu diambil selepas ini.

“Sebab itu ruang perbincangan seperti ini penting. Kita mahu setiap langkah yang dibuat bukan sekadar menjawab keperluan hari ini tetapi benar-benar praktikal, berasas dan sesuai dengan keadaan semasa,” katanya dalam hantaran Facebook. 

Sebelum ini terdapat gesaan untuk memansuhkan atau merombak SOSMA, iaitu akta diperkenalkan pada 2012 bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sebarang ancaman keselamatan negara. SOSMA menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan. 

Isu pelarian Myanmar pula antara yang meraih perhatian umum sejak kebelakangan ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement