KUALA LUMPUR: Kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan memerlukan penelitian dan perbincangan yang menyeluruh termasuk daripada aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan perlu mengambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.
“Sabar sikit, di Thailand antara yang pengasas 'penghalalan' kanabis terkawal ini TPM (Timbalan Perdana Menteri) dia, itu pun tidak ada konsensus.
"Bukan mudah. Di sini pun kita harus teliti betul-betul. Kena ingat, sebaik sahaja kita halalkan (kanabis) dengan hujah kuat seperti perubatan dan keperluan, itu susah nak kawal (memandangkan) anak muda yang jadi penagih (jumlahnya) ratusan ribu.
"Saya tidak kata saya ada pandangan keras dalam bidang ini. Saya sudah cadang supaya kita buka ruang dan bincang betul-betul implikasinya," katanya ketika menjawab soalan seorang peserta dalam program dialog anak muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut memberi gambaran berkaitan permasalahan serius yang sukar ditangani berhubung isu penyalahgunaan dadah dalam keadaan sekarang.
“Bagi orang yang nak cadangkan atau menolak, mari kita lihat secara keseluruhan dulu implikasi, dan kemudian ambil keputusan sama ada nak halalkan sebahagian, atau terus dengan keadaan sekarang.” katanya.
Sebelum ini Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan kementeriannya sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melihat kaedah penanaman dan proses penghasilan produk yang terkawal, sekiranya ia dibenarkan untuk ditanam bagi tujuan perubatan di negara ini.
Hakim Rahman
Sun Mar 19 2023

Sebelum 'menghalalkan' kanabis bagi tujuan tertentu, kerajaan juga perlu mengambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini. - Gambar hiasan/Reuters

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara MTB.

AWANI Ringkas: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rapid Rail giat usaha atasi gangguan perkhidmatan rel
Siasatan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu.

Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda Akta Pencen - Lukanisman
Inisiatif itu memerlukan pindaan berkaitan Akta Pencen 1980 dilakukan dan perbincangan bersama JPA masih diadakan.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka
Ahmad Zahid berharap pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur.

Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.

Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan anggota perkhidmatan kerajaan negeri itu, akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000.

Kes VLN Zahid: Pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Mei bagi pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem VLN

Penoreh getah terlepas hukuman gantung sampai mati
Mahkmamah Tinggi Temerloh melepas dan membebaskannya dari hukuman gantung sampai mati kerana didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 271.2 gram (g), tiga tahun lalu.

Halalkan kanabis perubatan? Sabar dulu - Anwar Ibrahim
Ambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.

Pelakon drama, tiga rakan berdepan hukuman mati
Seramai empat lelaki termasuk seorang pelakon drama, berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis.

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Lelaki warga Yaman didakwa edar dadah jenis kanabis lebih 200kg
Seorang lelaki warga Yaman berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis lebih 200 kilogram (kg).

Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Ismahalil akan dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Data keberkesanan, keselamatan penggunaan kanabis sedang disemak - Khairy
Jika kanabis terbukti berkesan serta selamat, maka pendaftaran akan dibuka kepada pesakit yang mempunyai gejala tertentu.

Kanabis perlu dalam rawatan sesetengah penyakit, wajar bagi tujuan perubatan - Pakar
Penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan perlu diluluskan, terbukti berkesan terhadap beberapa penyakit kronik - Pakar

Penggunaan kanabis akan diputuskan sebelum akhir tahun - KJ
Thailand telah banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya itu akan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanamannya.

Kanabis tidak akan diguna untuk tujuan rekreasi - KJ
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu memberi jaminan kerajaan tidak akan membenarkan kanabis digunakan untuk tujuan rekreasi di Malaysia.