awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halang sertai PasMa adalah tindakan tidak demokratik, bodoh dan lucu, kata Ibrahim Ali

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2015
08:26 MYT
Halang sertai PasMa adalah tindakan tidak demokratik, bodoh dan lucu, kata Ibrahim Ali
Jika PasMa didaftar sebagai parti politik, barulah PAS boleh ambil tindakan terhadap ahli yang menyertai PasMA, kata Ibrahim.
Sesiapa sahaja dalam PAS termasuk Majlis Syura yang mengeluarkan kenyataan melarang atau hendak mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang menyertai PasMa adalah tidak demokratik, bodoh dan lucu.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali bagi mengulas mengenai perkembangan yang berlaku dalam kalangan ahli parti berlabel Islam tersebut.
“Mereka ini tidak faham demokrasi, dungu atau jumud. Memang dunia tahu bahawa mereka yang tubuhkan PasMa adalah kumpulan yang tidak puas hati dengan pucuk pimpinan PAS, puak yang kuat dengan PKR dan katanya bersekongkol dgn DAP.
“Tapi pokoknya, PasMa didaftar sebagai NGO. PasMa belum lagi jadi parti politik. Kalau PasMa jadi parti politik, maka wajib PAS bertindak memecat mereka yang masuk PasMa kerana setiap individu tidak boleh menjadi ahli dalam dua buah parti politik,” jelas Ibrahim.
Ibrahim berkata, ahli PAS yang hendak menjadi ahli PasMa adalah hak individu berkenaan dan pemimpin PAS tidak patut jadi pengecut, autokratik atau bersifat diktator.
“Lawanlah dengan cara politik. Ada sifat istiqamah dan ‘gentleman’. Ini pandangan saya,” ujar Ibrahim. Ibrahim juga menyifatkan pendirian parti-parti pembangkang sebagai pelik dan lucu setiap kali mereka ditegur atau dikritik.
Menurutnya, tuduhan ‘standard’ yang akan dibalas kemudian adalah dengan melabelkan pihak yang mengkritik mereka sebagai alat atau perkakas UMNO atau Barisan Nasional.
“Itu cara mereka tutup kelemahan mereka. Mereka boleh bantai, cemuh dan keji pihak lawan tapi pihak lawan atau musuh dituduh macam-macam. Jika mereka langgar undang-undang tak salah, tapi pihak lain (buat) salah.
“Jika makhamah buat keputusan tidak memihak kepada kepentingan mereka, maka mahkamah dituduh tidak telus dan hanya terima arahan. Betul-betul puak bacul yang kononnya mereka ini pejuang keaadilan,” katanya.
Tambah Ibrahim, dalam Perkasa ada macam-macam latar belakang ahli termasuk ahli UMNO sekitar 50 peratus dan juga ahli-ahli daripada parti lain.
“Adakala Perkasa tegur atau kritik kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, tapi mereka (UMNO/BN) tidak menuduh Perkasa sebagai alat PAS atau PKR apatah lagi buat keputusan untuk haling ahli UMNO sertai Perkasa,” ujar Ibrahim memberi perbandingan.
Begitupun, Ibrahim mengakui ada segelintir pemimpin UMNO yang mengecam Perkasa namun ia tidak bukan perkara besar buatnya kerana sesuatu isu itu akan terus dijawab dan dikritik jika perlu.
“Tapi umumnya, pimpinan UMNO lebih terbuka dan demokratik. Ini jelas dari pengamatan dan pengalaman saya,” ujar Ibrahim.
Beliau menasihatkan pemimpin PAS agar jangan halang ahlinya yang mahu menyertai PasMa selagi ia sifatnya hanya sebagai NGO.
“Berdepanlah secara terhormat. Prinsipnya, kalau kita berani bantai, tegur, kritik dan kecam orang, kita juga hendaklah bersedia menerima serangan yang sama,” kata Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Ibrahim Ali
#Malaysia
#PAS
#PasMa
#PERKASA
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan