GEORGE TOWN:Tujuh lelaki yang menghalang penjawat awam bertugas semasa kejadian kemalangan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong pada Ahad, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi pada Selasa.
Kesemua mereka yang berumur antara 23 hingga 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.
Selain itu, mereka turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.
Terdahulu, kesemua mereka ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjong Tokong semalam.
Mereka dipercayai ditahan selepas menggunakan kekerasan terhadap anggota polis semasa mereka menjalankan tugas dengan menolak, mengajak bergaduh dan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap polis ketika kejadian.
Perbuatan itu dilakukan mereka susulan kejadian kemalangan kira-kira jam 5.20 petang Ahad melibatkan dua lelaki yang menaiki motosikal dengan sebuah kereta sehingga mengalami kecederaan parah.
Kemalangan itu berlaku ketika penunggang motosikal terbabit cuba melarikan diri daripada tiga anggota polis Unit Rondaan Bersepadu (URB) yang membuat rondaan di Jalan Pinang.
Malah mereka mendakwa anggota polis telah menendang sebuah motosikal dinaiki dua remaja lelaki sehingga menyebabkan kemalangan serta kecederaan kepada penunggang motosikal terbabit.
Kejadian itu kemudian tular di media sosial yang mengundang pelbagai persepsi terhadap PDRM.
Susulan itu polis turut menjalankan siasatan terhadap hantaran-hantaran di media sosial (Facebook dan Whatsapp) yang didapati tidak tepat dan berbaur fitnah sehingga menjejaskan imej PDRM.
Siasatan di buat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Dalam kejadian petang Ahad lepas, dua remaja parah dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Tanjong Tokong.
Insiden itu tular di dalam media sosial apabila warga net menuduh anggota polis sengaja menendang motosikal sehingga mengakibatkan kemalangan serta kecederaan parah kepada dua lelaki.
Bagaimanapun, polis menafikan dakwaan itu dan memaklumkan dua lelaki berkenaan telah melanggar sebuah kereta ketika melarikan diri daripada anggota polis.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jan 19 2021

Kesemua mereka yang berumur antara 23 hingga 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam. - Foto Astro AWANI

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Dua remaja dimasukkan ke hospital Labuan selepas disengat obor-obor
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi.

Retrospektif #MH370
Retrospektif MH370: Galeri photo mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku berikutan nahas MH370 pada 8 Mac 2014

Kawasan tangki minyak di Syria musnah diserang peluru berpandu
Menurut laporan, serangan yang dibuat itu adalah dengan menggunakan peluru berpandu balistik

Politik | Tiada krisis dalaman dalam UMNO
Tiada sebarang krisis dalam UMNO, kata Datuk Seri Mahadzir Khalid. Naib Presiden UMNO itu berkata, berhubung isu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ia bukannya satu krisis apabila apa yang berlaku ialah hanya pemimpin memberi pandangan masing-masing.

Wanita Tulang Belakang Keluarga, Komuniti dan Negara
Wanita mempunyai peranan yang cukup besar di peringkat keluarga sehingga ke antarabangsa. Sehubungan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyeru semua pihak agar bangkit menyokong peluang kesaksamaan wanita.

Politik | MIC sokong gubal undang-undang anti lompat parti
MIC menyokong penuh pendapat beberapa pemimpin parti yang mencadangkan supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti di negara ini. Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran sifatkan perbuatan lompat parti itu sebagai budaya tidak sihat dan pengkhianatan kepada parti serta pengundi.

Operasi pemadaman kebakaran selesai selepas 5 hari
Selepas lima hari berdepan cabaran suhu panas dan cuaca terik melampau, operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kemunting, Jitra, berakhir pada Ahad. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon, operasi yang bermula sejak 3.30 petang Rabu lalu, berjaya dilakukan oleh anggotanya dari zon satu dengan melakukan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

Vaksinasi COVID-19 | Pengurusan, ahli gereja sambut baik vaksin
Pihak pengurusan dan ahli Gereja Anglikan Saint Patrick Tawau menyambut baik dan bersedia menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan. Rektor Gereja, Bishop John Yeo berkata semua ahli gereja perlu menerima suntikan vaksin tersebut kerana itu adalah langkah terbaik untuk melindungi diri daripada virus itu.

PKP: 442 ditahan, aktiviti pusat hiburan masih catat kesalahan tertinggi - Ismail Sabri
Daripada jumlah itu, 430 individu dikenakan kompaun, manakala 11 direman dan seorang dijamin.

205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan
Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP) pada Jumaat.

LHDN nafi tindakan bermotif politik
LHDN menegaskan setiap aktiviti penguatkuasaan termasuk pungutan dan guaman sivil dilakukan berlandaskan akta-akta percukaian yang berkuat kuasa.

Nafi tohmahan dijadikan 'senjata politik', dakwaan tidak bertanggungjawab - SPRM
SPRM turut menegaskan bahawa agensi penyiasatan itu bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang.

Majlis Presiden PH kecam agensi kerajaan digunakan sebagai senjata politik
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan

KASA dan SPRM perkukuh kerjasama, perkuat tadbir urus banteras jenayah alam sekitar
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras jenayah alam sekitar.

21 ditahan terlibat skim penipuan Likeshare, Zan Zan Lee, Isharefans dan E-Currency Investment Bitcoin
Ahli sindiket akan memulakan iklan tawaran pelaburan melalui platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Polis terima dua laporan penipuan penjualan vaksin COVID-19
Terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian.

Tiga ditahan guna gelaran 'Datuk' dan 'Datin' palsu
Kesemua mereka ditahan di Bangi, Selangor pada 30 Januari lalu bagi membantu siasatan menurut Seksyen 12(2) akta itu.

Siasatan terhadap suami Zeti masih berjalan - PDRM
Siasatan terhadap Datuk Tawfiq Ayman ketika ini masih diteruskan PDRM.