awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
Parlimen harus perkukuh RUU Anti Lompat Parti untuk elak khianat mandat rakyat - Ronald Kiandee
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halaqah Mubaligh ASEAN 2.0 platform kongsi pandangan kukuh dakwah serantau

Bernama
Bernama
12/08/2025
20:30 MYT
Halaqah Mubaligh ASEAN 2.0 platform kongsi pandangan kukuh dakwah serantau
Mohd Na’im (tengah) bergambar bersama delegasi ASEAN pada Program Halaqah Mubaligh ASEAN 2.0 di Hype Motorsports Hotel, Nilai, 12 Ogos 2025. --fotoBERNAMA
NILAI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar yakin program Halaqah Mubaligh ASEAN 2.0 akan menjadi platform berkesan bagi berkongsi pandangan untuk mengembangkan dakwah Islam serantau dan antarabangsa.
Mohd Na'im juga yakin program berkenaan yang bermula Isnin hingga Khamis mampu menjadi platform bagi menyusun strategi dakwah lebih efektif dalam menghadapi cabaran zaman.
"Saya berharap ia dapat memperkukuh hubungan silaturahim antara mubaligh ASEAN, membahaskan sistem pembinaan potensi mubaligh, serta memperluas jangkauan dakwah di negara serantau ini," katanya berucap pada Majlis Perasmian Program Halaqah Mubaligh ASEAN 2.0 di sini malam tadi yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Halaqah Mubaligh ASEAN 2.0 merupakan inisiatif strategik anjuran Pertubuhan Ukhwah Da'i Antarabangsa (MUDA) dengan kerjasama JAKIM serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melibatkan 150 penggerak dakwah negara ASEAN termasuk Malaysia.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata selepas Malaysia, program itu akan diadakan di Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja dengan memfokuskan pembangunan ekonomi umat, pendidikan, sosial, media, kemasyarakatan dan pengukuhan rangkaian Muslim.
Dalam pada itu, Sirajuddin berkata penganjuran program ilmu itu diharap dapat mempersiapkan pendakwah dan mubaligh memainkan peranan lebih berkesan untuk membawa perubahan positif kepada ummah.
Beliau berkata usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif untuk merealisasi Malaysia MADANI, dengan mempromosi nilai kesejahteraan dan hormat melalui penyampaian dakwah secara berhikmah, berstrategi dan berlandaskan nilai rahmah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Halaqah Mubaligh ASEAN
#Mohd Na'im Mokhtar
#dakwah Islam
#mubaligh ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan