Anggota UMNO berhak untuk menilai prestasi seseorang pemimpin parti itu dan seterusnya menentukan sama ada mereka perlu dikekalkan atau tidak dalam jawatan masing-masing, kata anggota Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohd Sadique.
Halimah yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sebagai parti yang mengamalkan sistem demokrasi, hak anggota UMNO untuk memilih pemimpin adalah terjamin.
"Apabila tiba masa pemilihan di dalam Umno, maka hak itu perlu dikembalikan semula kepada anggota parti. Jikalau anggota parti merasakan perlunya kesinambungan (di dalam kepimpinan), terpulang kepada mereka.
"Anggota parti berhak membuat penilaian berdasarkan kepada prestasi sepanjang tempoh mereka memimpin," katanya kepada pemberita ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di sini hari ini.
Halimah berkata demikian semasa ditanya sama ada jawatan Ketua Wanita UMNO yang kini disandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu dipertandingkan.
Ditanya tentang spekulasi yang mengatakan beliau berminat untuk bertanding merebut jawatan tertinggi Wanita UMNO itu, Halimah berkata, beliau mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai kemungkinan tersebut.
"Pendaftaran (untuk jawatan Ketua Wanita UMNO) masih lagi terbuka, so kita tunggu dan lihat," katanya yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor.
Selain Halimah, seorang lagi nama disebut-sebut berminat untuk mencabar Shahrizat adalah anggota Parlimen Pengerang dan bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurut Halimah, apa yang lebih penting bagi Wanita UMNO kini adalah tiga perkara iaitu mengukuh dan memperkuatkan parti, menyatupadukan anggota parti serta menyediakan agenda kerja parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Bukan keutamaan sama ada saya bertanding jawatan ini atau itu tetapi adalah tiga perkara itu. Soal siapa yang hendak bertanding apa pada saya adalah tidak penting," katanya.
"Soal yang lebih penting kini adalah bagaimana untuk mengukuhkan UMNO," tambahnya.
Bernama
Sat Aug 17 2013
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
Halimah: Anggota UMNO berhak nilai prestasi pemimpin
Anggota UMNO berhak untuk menilai prestasi seseorang pemimpin parti itu dan seterusnya menentukan sama ada mereka perlu dikekalkan atau tidak dalam jawatan masing-masing