KUALA LUMPUR:Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Menurut kenyataan daripada kementeriannya, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh KKM di Johor Bahru.

Sepanjang tempoh  itu, beliau akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar.

Sementara itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhannya dan memohon maaf atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan tersebut.