awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 200 Tabika Perpaduan perlu dibaik pulih tahun ini - JPPIN

Bernama
Bernama
19/03/2025
02:50 MYT
Hampir 200 Tabika Perpaduan perlu dibaik pulih tahun ini - JPPIN
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengenal pasti hampir 200 buah Tabika dan Taska Perpaduan di seluruh negara yang perlu dibaik pulih dan diselenggara segera pada tahun ini, kata Che Roslan. - Gambar Bernama
TUMPAT: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengenal pasti hampir 200 buah Tabika dan Taska Perpaduan di seluruh negara yang perlu dibaik pulih dan diselenggara segera pada tahun ini.
Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk kerja baik pulih Tabika dan Taska Perpaduan yang berdepan dengan masalah kerosakan dan sebagainya.
"Tabika dan Taska Perpaduan ini mempunyai standard fasiliti yang berbeza-beza dan pelbagai. Ada yang disewa dan ada dibina sendiri malah ada bangunan berkeadaan sangat baik.
"Jadi, apabila program turun padang dilaksanakan keadaan bangunan dapat dilihat dan dinilai untuk tujuan pembaikan bagi membolehkan murid-murid Tabika dan Taska Perpaduan dapat belajar secara kondusif," katanya kepada pemberita selepas Program Santuni MADANI di Kampung Baru Pasir Pekan, di sini, semalam.
Beliau berkata, purata 10 hingga 15 Tabika atau Taska bagi setiap negeri yang perlu diberikan keutamaan, dengan terdapat 12 Tabika Perpaduan di Kelantan perlu dibaik pulih dengan kadar segera.
Pada majlis itu, Che Roslan turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa' Lilbanat Siti Aminah dan Bakul Rahmah kepada golongan asnaf.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabika Perpaduan
#baik pulih tabika
#Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
#Che Roslan Che Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan