awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari pusat penipuan dalam talian di Kemboja pulang ke tanah air

Bernama
Bernama
29/01/2026
06:00 MYT
Hampir 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari pusat penipuan dalam talian di Kemboja pulang ke tanah air
Kesemua mereka dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pengambilan pekerja dalam talian yang memperdaya mereka untuk bekerja di pusat penipuan di Kemboja. -Foto Facebook
PHNOM PENH: Lebih 30 rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian telah diselamatkan dan dihantar pulang ke tanah air pada bulan ini ketika Kemboja meneruskan usaha membanteras sindiket penipuan di seluruh negara itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh dengan kerjasama Jabatan Am Imigresen Kemboja, telah menghantar pulang 29 warganegara Malaysia, menurut kedutaan dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya hari ini.
Awal bulan ini, dua rakyat Malaysia yang disyaki dipaksa terlibat dalam jenayah siber turut dihantar pulang selepas mereka melarikan diri dari pusat penipuan itu.
Kesemua mereka dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pengambilan pekerja dalam talian yang memperdaya mereka untuk bekerja di pusat penipuan di Kemboja.
Pihak berkuasa keselamatan Kemboja terus memperhebat operasi membanteras penipuan dalam talian dan operasi perjudian dalam talian yang telah memperdaya ribuan pencari kerja muda dari negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Ratusan pusat penipuan yang dikendalikan sindiket jenayah antarabangsa dan terlibat memperdaya mangsa tidak bersalah di luar negara telah ditumpaskan menerusi operasi keselamatan yang sedang dijalankan sejak tahun lalu.
Minggu ini, lebih 2,000 warganegara Indonesia yang menjadi mangsa tawaran pekerjaan palsu telah mendapatkan bantuan kedutaan mereka di Phnom Penh selepas melarikan diri daripada premis berkaitan kegiatan penipuan.
Media tempatan, memetik Jabatan Am Imigresen, melaporkan bahawa lebih 13,000 mangsa dari lebih 60 negara, yang disyaki terlibat dalam penipuan siber, telah diusir pulang tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#rakyat Malaysia
#Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan