awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 3.9 juta pengguna mula hadapi gangguan bekalan air

Bernama
Bernama
19/12/2016
01:49 MYT
Hampir 3.9 juta pengguna mula hadapi gangguan bekalan air
Gangguan air dijangka berlaku sehingga ambang sambutan Krismas, 24 Disember ini. - Gambar hiasan
Kira-kira 3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang hari ini mula menghadapi gangguan bekalan air susulan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.
Gangguan itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam mulai 8 pagi.
Ia sekali gus menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.
Gangguan air dijangka berlaku sehingga ambang sambutan Krismas, 24 Disember ini.
BACA: Senggaraan TNB hanya 16 jam, Syabas hentikan bekalan air 4 hari?
Di sebalik kegusaran pengguna dan ketika sambutan Krismas bakal menjelma, TNB semalam menjelaskan kerja penyelenggaraan itu tidak boleh ditangguhkan lebih lama lagi.
Menurut syarikat pembekal tenaga itu, situasi peralatan di PMU berkenaan semakin meruncing dan sebarang penangguhan akan memberi kesan kepada bekalan elektrik dalam tempoh yang lama.
Ia turut berkata pemilihan tarikh henti tugas itu dibuat secara keputusan kolektif dalam mesyuarat yang diadakan bersama SPAN pada 31 Okt lepas yang turut dihadiri wakil sektor air antaranya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) selain TNB.
Ia pada asalnya dijadualkan pada 27 September, kata TNB.
TNB turut menjelaskan henti tugas PMU Bukit Badong itu bagi membolehkan kerja senggaraan dan pemasangan sistem perlindungan arka dapat dibuat dengan selamat, dan demi memastikan kelangsungan bekalan air. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Bukit Badong
#gangguan bekalan air
#kerja selenggara
#SYABAS
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan