DUNIA
Hampir 400 ditahan dalam protes imigrasi di Los Angeles

Hampir 400 orang ditahan oleh Polis Los Angeles sejak Sabtu dalam protes berkaitan isu imigresen, termasuk 330 pendatang haram dan 157 individu atas kesalahan menyerang serta menghalang tugas pihak berkuasa. -Gambar fail/AP
LOS ANGELES: Hampir 400 orang telah ditahan oleh Jabatan Polis Los Angeles sejak Sabtu dalam protes berkaitan isu imigresen, menurut laporan media yang dipetik Xinhua.
Ringkasan AI
- Hampir 400 orang ditahan oleh Polis Los Angeles sejak Sabtu dalam protes berkaitan isu imigresen, termasuk 330 pendatang haram dan 157 individu atas kesalahan menyerang serta menghalang tugas pihak berkuasa.
- Pada malam pertama perintah berkurung yang bermula Selasa, 203 tangkapan dibuat kerana ingkar arahan bersurai dan 17 lagi atas pelanggaran perintah berkurung, susulan kejadian rompakan dan vandalisme selepas protes aman.
- Presiden AS Donald Trump menghantar lebih 4,000 anggota Pengawal Kebangsaan dan 700 anggota Marin ke Los Angeles, meskipun dibantah oleh Gabenor California dan pegawai tempatan.
Datuk Bandar Los Angeles Karen Bass mengumumkan perintah berkurung di beberapa bahagian pusat bandar Los Angeles bermula 8 malam Selasa (0300 GMT Rabu) hingga 6 pagi Rabu (1300 GMT waktu tempatan).
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan melaksanakan perintah berkurung terhad itu susulan kejadian rompakan dan vandalisme yang berlaku di pusat bandar pada Isnin malam, selepas protes aman pada waktu siang.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menghantar lebih 4,000 anggota Pengawal Kebangsaan dan kira-kira 700 anggota Marin aktif ke kawasan Los Angeles, meskipun dibantah oleh Gabenor California Gavin Newsom dan beberapa pegawai tempatan lain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami