awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 500 lesen nelayan dibatalkan sejak 2017

Bernama
Bernama
18/04/2023
09:33 MYT
Hampir 500 lesen nelayan dibatalkan sejak 2017
Pelbagai kesalahan dikenal pasti termasuk melanggar syarat iaitu 'mengalibabakan' lesen dengan memberi sewa kepada pihak lain. - Gambar hiasan
MELAKA: Jabatan Perikanan negeri telah membatalkan hampir 500 lesen nelayan sejak 2017 sehingga kini, yang dikenal pasti tidak aktif selain melakukan pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat iaitu 'mengalibabakan' lesen dengan memberi sewa kepada pihak lain.
Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kerajaan negeri memandang serius kegiatan menyewakan lesen tersebut selain tidak teragak-agak menarik balik kelulusan yang diberi kepada nelayan terlibat.
"Pemberian lesen ini adalah terhad dan ia diberikan kepada individu yang layak. Dengan lesen tersebut ia dianggap sebagai pekerjaan kepada nelayan selain membolehkan mereka layak menerima pelbagai bantuan disediakan kerajaan termasuk RM350 sebulan bagi elaun saraan hidup.
"Jabatan Perikanan negeri akan sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan perkara ini dapat dibendung dan tidak sesekali berkompromi dengan mereka yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan," katanya kepada pemberita di Pejabat Perikanan negeri di Batu Berendam di sini hari ini.
Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan penyampaian bayaran insentif sara hidup sekali beri kepada nelayan di Melaka dan turut dihadiri Timbalan Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan Low Chee Leong dan Pengarah Perikanan negeri Mohd Fauzi Salehon.
Muhamad Akmal berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan telah memperuntukkan RM1.15 juta bagi bayaran insentif sara hidup secara sekali beri kepada 1,155 nelayan berdaftar yang diberikan secara berfasa sebanyak RM250 setiap kali bayaran.
Beliau berkata menerusi insentif itu ia dilihat dapat membantu meringankan beban golongan nelayan terutama ketika musim perayaan yang bakal menjelang dalam melakukan persiapan Aidilfitri.
"Selain itu pada hari ini juga kita telah menyerahkan lesen sampan khas kepada 53 nelayan di Melaka dan semua pemohon layak dilesenkan ini telah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Pejabat Perikanan negeri dan diharapkan dapat membantu mereka menangkap ikan di laut secara sah dan menjana pendapatan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pada tahun lepas pendaratan ikan marin di Melaka telah merekodkan sebanyak 1,997.39 tan metrik bernilai RM48.55 juta kepada sektor perikanan negeri membabitkan 33 pangkalan pendaratan ikan yang beroperasi di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lesen nelayan
#jabatan perikanan
#langgar syarat
#Ali Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan