awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 700 mangsa banjir berada di PPS di Kelantan, Terengganu malam ini

Bernama
Bernama
24/11/2023
14:47 MYT
Hampir 700 mangsa banjir berada di PPS di Kelantan, Terengganu malam ini
Sebanyak 699 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri Pantai Timur setakat 8 malam ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 699 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri Pantai Timur setakat 8 malam ini.
Di TERENGGANU, 638 orang masih berlindung di 11 PPS di empat daerah di negeri itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan 405 mangsa ditempatkan di tiga PPS di Kuala Terengganu, manakala 82 orang berlindung di empat PPS di Kuala Nerus.
Selain itu, 124 mangsa berada di tiga PPS di Marang dan 27 orang di satu PPS di Besut.
Sungai di Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus pula mencatatkan bacaan 3.57 meter melebihi paras waspada 3.2 meter dengan trend menurun.
Di KELANTAN, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 61 mangsa masih berlindung di dua PPS melibatkan 30 orang di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja di jajahan Pasir Puteh dan 31 di PPS SK Tok Deh, jajahan Pasir Mas.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Pantai Timur
#PPS
#Kelantan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan