BATU PAHAT: Seramai 79,873 pelajar di seluruh negara layak menerima pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan RM2.06 bilion sehingga 31 Jan lepas.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata daripada jumlah itu 11,287 orang peminjam adalah dari Johor yang membabitkan peruntukan keseluruhan RM294 juta.
Beliau berkata perbadanan itu menyediakan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada para peminjam bagi kategori keluarga B40 dan M40, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
"Menerusi inisiatif ini, peminjam PTPTN yang layak tidak perlu membuat bayaran balik pinjaman mereka. Usaha ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan membantu Keluarga Malaysia daripada golongan B40 dan M40 mendapat akses kepada pendidikan tinggi, selain meringankan kewangan mereka semasa pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Noraini menyampaikan Surat Kelulusan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, kepada dua penerima di kediaman mereka di sini.
Dua penerima itu adalah siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Sayyida Aisya Azira Hady Purnama dan siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Kuantan, Pahang) Aishah Hanis Abdul Majid yang masing-masing menerima pengecualian bayaran balik sebanyak RM9,980 dan RM19,960.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022

Noraini menyampaikan Surat Kelulusan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, kepada dua penerima di kediaman mereka di Johor Bahru. - Gambar/ FB Dato' Dr Noraini Ahmad

10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang
Kesemua mereka turun ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu dan sehingga kini gagal dihubungi.

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Bantuan | Bagaimana mahu bantu rakyat ketika inflasi?
BBerlaku perubahan pekerjaan dalam kalangan belia untuk berniaga dan bekerja dalam dalam perkhidmatan e-hailing, kata Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Fauzi Fadzil. Beliau menyifatkan ia merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan dan seterusnya perlu ditangani dengan segera.

Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.
![[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan [TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976095/thumbnails/11644311721656649310051_640x360.jpg)
[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan
Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com. Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di Putrajaya.

Fernandinho ucap selamat tinggal kepada Man City
Paranaense mengesahkan Isnin lalu bahawa perjanjian telah disediakan untuk menandatangani semula Fernandinho.

PTPTN lancar Pelan Antirasuah Organisasi 2022-2024
Pelan antirasuah tersebut menampilkan lima objektif strategik dan 12 pelan tindakan secara keseluruhan.

PTPTN anjur program FLICK, persiap kebolehpasaran graduan
Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu pengurusan kewangan dan membantu pelajar membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

RM1.9 bilion bayaran balik pinjaman diterima berakhir 30 Apr lalu - PTPTN
Jumlah itu merupakan bayaran oleh peminjam yang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman berjumlah RM206.89 juta.

Kerajaan diminta percepat kelulusan pelaburan PTPTN - Wan Saiful
Sekiranya kelulusan lambat diberikan, PTPTN mungkin terpaksa menerima tawaran pulangan lebih rendah.

Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN tawar hadiah hampir RM1 juta
Pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan.

Aplikasi myPTPTN: Tawar kemudahan dalam satu sistem kepada pelanggan
Ia bakal memanfaatkan lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan SSPN dengan pelbagai kelebihan ditawarkan.

PTPTN lancar aplikasi mudah alih myPTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN .

Hampir 80,000 dapat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN
PTPTN menyediakan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada para peminjam bagi kategori keluarga B40 dan M40, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

PTPTN umum dividen tiga peratus Simpan SSPN
Ia melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM206.25 juta yang memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta pendeposit Simpan SSPN.

Kempen Click, Pay and Earn 2022 mudahkan peminjam PTPTN bayar balik pinjaman
Kempen itu adalah kerjasama kedua dengan Shopee, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) sejak 2021.