GUA MUSANG: Lebih 1,000 masyarakat Orang Asli Pos Balar masih tidak dapat berhubung dengan dunia luar berikutan ketiadaan capaian Internet dan liputan talian telefon sejak sebulan yang lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar Hanan Anjang berkata ia susulan generator yang membekalkan tenaga bagi menghidupkan pencawang telekomunikasi telah terbakar pada 6.45 pagi, 19 Jan lepas.
"Sudah tiga minggu kami tidak dapat berhubung dengan masyarakat di luar. Pada awalnya kita ingatkan generator kehabisan minyak disebabkan kontraktor tidak dapat masuk ke Pos Balar kerana jalan yang tidak dapat dilalui pada musim hujan.
"Namun apabila pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat bahagian yang terbakar pada generator terbabit. Sehingga kini, agak sukar untuk kami berhubung dan melaporkan sekiranya berlaku kes kecemasan," katanya ketika ditemui pemberita di Pos Balar, di sini hari ini.
Seorang penduduk Seria Along, 48, berkata masalah telekomunikasi itu menyebabkan dia tidak dapat membuat panggilan video dengan anak yang bekerja di Bandar Gua Musang untuk bertanya khabar.
"Jika berlaku kecemasan di tempat masing-masing, kami juga tidak tahu. Begitu juga penduduk yang lain tidak dapat memaklumkan kepada penghulu untuk semua hal yang penting.
"Saya harap kerosakan ini dapat diperbaiki segera untuk kemudahan kami masyarakat Orang Asli di sini," katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Kelantan memaklumkan pihaknya telah mengambil maklum berkenaan aduan terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Lebih 1,000 masyarakat Orang Asli Pos Balar masih tidak dapat berhubung dengan dunia luar berikutan ketiadaan capaian Internet dan liputan talian telefon sejak sebulan yang lepas. - Gambar fail/BERNAMA
X kini beralih kepada domain X.com, tidak lagi guna jenama Twitter
https://amanz.my/2024454834/
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Gerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) di negara ini masih terkawal.
iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan rekaan kamera belakang di bahagian atas-tengah
iPhone 17
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman tujuh hari.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Hampir sebulan masyarakat Orang Asli Pos Balar terputus hubungan telekomunikasi
Lebih 1,000 masyarakat Orang Asli Pos Balar masih tidak dapat berhubung dengan dunia luar berikutan ketiadaan capaian Internet dan liputan talian telefon sejak sebulan yang lepas.