Skip to main content

Malaysia

Hannan Medispa sumbang peralatan perubatan RM282,400 kepada lima hospital

Hannan Medispa sumbang peralatan perubatan -- kredit Hannan Medispa
Hospital Sultanah Aminah Muar turut menerima Takagi (Japan) Slit Lamp 700 GL bernilai RM43,500 sumbangan daripada Hannan Medispa Sdn. Bhd.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Hannan Medispa Sdn. Bhd. menyalurkan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM282,400 kepada lima hospital di seluruh negara menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat berkenaan memaklumkan, sumbangan tersebut bertujuan memperkukuh keupayaan perkhidmatan kesihatan hospital selain memberi manfaat secara langsung kepada pesakit dan orang awam.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menerima dua unit inkubator neonatal bernilai RM80,000, manakala Hospital Queen Elizabeth Sabah menerima peralatan berupa 3D Monitor, PCA Pump dan BeneVision Patient Monitor dengan nilai keseluruhan RM81,000.

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pula menerima sebuah mesin hemodialisis bernilai RM44,900.

Sementara itu, Hospital Sultanah Aminah Muar menerima Takagi (Japan) Slit Lamp 700 GL bernilai RM43,500 dan Hospital Besut menerima F15 Fetal & Maternal Monitor bernilai RM33,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Hannan Medispa Sdn. Bhd., Dr Hannan berkata, inisiatif berkenaan merupakan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembangunan sektor kesihatan negara.

"Inisiatif ini bukan sumbangan sekali sahaja. Ia komitmen jangka panjang kami untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong komuniti dan institusi kesihatan negara," katanya.

Beliau berkata, pencapaian sesebuah organisasi bukan hanya diukur melalui prestasi perniagaan semata-mata, malah perlu dinilai berdasarkan impak positif yang dibawa kepada masyarakat.

Menurut beliau, selain sektor kesihatan, program CSR Hannan Medispa turut meliputi bidang pendidikan dan keperluan awam bagi membantu golongan memerlukan.

Syarikat itu turut memaklumkan, lebih banyak inisiatif melibatkan sektor kesihatan, pendidikan dan kebajikan masyarakat akan dilaksanakan pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada usaha memperluas manfaat kepada komuniti.

Must Watch Video

Advertisement