PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan untuk mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.
Pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum dimaklumkan kepada beliau.
“Selalu bila ketua jabatan, KSU dalam perbincangan dengan saya, semua akan cadang minta peruntukan, tambah projek. Ya memang dibolehkan, tapi ada kaedah baharu yang kita nak perkenalkan.
“Mesti ada laporan bulanan apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara-saudara (penjawat awam) dalam usaha melaksanakan projek dan ini laporan bulanan yang harus dihantar menerusi KP (ketua pengarah), KSU kepada KSN dan juga untuk makluman saya supaya ada pendekatan berbeza,” katanya.
Anwar pada majlis perjumpaan itu turut meminta agar setiap kementerian menggunakan pendekatan yang berbeza dan lebih berani dalam melaksanakan projek.
“Saya yakin, insya-Allah kerajaan kita stabil. Oleh sebab stabil ini, kita nak guna sepenuhnya untuk melaksanakan program bagi mengangkat martabat negara kita,” katanya.
Beliau berkata kerajaan akan meneruskan dasar lama yang memberi manfaat kepada semua, bagaimanapun pendekatan yang digunakan perlu berubah.
“Sebab itu umpamanya, kita tidak meneruskan cara rundingan terus untuk elak kecelaruan dan salah guna,” kata Anwar.
Majlis perjumpaan berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Mohd Zuki.
Mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan 2 Jan lepas, Anwar berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa penambahbaikan bersesuaian berdasarkan pandangan masyarakat.
PADU yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data daripada jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadil-adilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri hari ini. --fotoBERNAMA
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini
Tema persidangan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini.
DSA dan NATSEC Asia 2024 diunjur jana limpahan ekonomi berjumlah RM700 juta
1,324 syarikat dari 60 negara menyertai DSA dan NATSEC Asia 2024 mulai 6 hingga 9 Mei, meliputi keluasan 48,000 meter persegi ruang pameran.
PM Anwar mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dengan niat ikhlas untuk membawa perubahan.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.