SHAH ALAM: Hantaran tular di media sosial yang mendakwa kos makan minum banduan sebanyak RM41 sehari adalah tidak tepat serta tidak menggambarkan kos keseluruhan yang sebenar.
Jabatan Penjara Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan hantaran terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dengan kenyataan "Kos makanan banduan di Malaysia RM41 sehari" menggunakan sumber berita yang disiarkan sebuah media tempatan.
"Hantaran terbabit dikesan menggunakan sumber laporan media terbabit yang dikeluarkan pada 18 Julai 2019.
"Bagaimanapun satu kenyataan pembetulan semula telah disiarkan melalui berita bertajuk "RM41 merangkumi kos operasi, kebajikan banduan pada tarikh 20 Julai 2019," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, kos pengurusan penjara bagi seorang prospek untuk sehari kini adalah RM50.
"Jumlah ini bukan hanya perbelanjaan makan minum tetapi turut merangkumi kos keperluan asas, kos gaji, emolumen anggota dan kakitangan penjara juga.
"Kenyataan yang dikeluarkan melalui hantaran terbabit jelas mengelirukan, tidak tepat dan tidak menggambarkan kos operasi sebenar pengurusan untuk seorang banduan sehari," katanya.
Menurutnya, orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak tepat berkaitan perkara ini.
Pada Sabtu, tular hantaran menerusi platform X dan Facebook yang dimuat naik pengguna terbabit berkaitan kenyataan bertajuk kos makanan banduan di Malaysia RM41 sehari. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 25 2024
Tular hantaran menerusi platform X dan Facebook yang dimuat naik pengguna berkaitan kenyataan bertajuk kos makanan banduan di Malaysia RM41 sehari pada Sabtu.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.
Hantaran tular kos makan banduan RM41 sehari tidak tepat
Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak tepat berkaitan perkara ini.