KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga Premier 2022 akan disertai 10 pasukan berbanding 11 pasukan musim ini selepas Perak FC II sah disingkirkan daripada saingan divisyen kedua Liga Malaysia (Liga-M) itu.
Dalam kenyataan MFL, Ketua Pegawai Eksekutifnya Stuart Ramalingam berkata Perak FC II secara automatik disingkirkan ke saingan Liga M3 selepas 'Parent Club' Perak FC tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.
Stuart berkata berdasarkan Manual Liga Malaysia Artikel 3.19.6 Peraturan Reserve Team, pasukan berstatus 'Reserve Team' secara automatik akan tersingkir daripada pertandingan sekiranya Parent Club mereka jatuh liga.
"Perak FC secara rasmi tersingkir daripada kejohanan Liga Super pada musim depan akan bermain di Liga Premier 2022 di mana Parent Club dan Reserve Team tidak boleh bersaing dalam satu kejohanan yang sama selaras Peraturan 3.19.6 Perkara 1.1 dan 1.2.
"Format Liga Premier sebelum ini menampilkan 12 pasukan tetapi MFL juga mengambil maklum dengan pengumuman pembatalan Liga M3 yang dilakukan AFL pada 14 Sept lalu di mana pembatalan kejohanan itu menyaksikan tiada pasukan yang boleh dipromosikan ke Liga Premier 2022 secara merit pertandingan," jelas Stuart.
Perak FC yang menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan kedua tercorot akan menyertai pasukan di tempat terakhir UiTM FC yang telah disingkirkan ke saingan Liga Premier musim depan.
Dengan ketiadaan Perak FC II, Liga Premier musim 2022 akan menampilkan Kuching City FC, Johor Darul Ta'zim II, Terengganu FC II, Selangor FC 2, PDRM FC, Kelantan United FC, Kelantan FC, Skuad Projek FAM-MSN, Perak FC dan UiTM FC.
Sementara itu, dua pasukan teratas Liga Premier musim ini, Sarawak United FC dan Negeri Sembilan FC telah pun mengesahkan kemaraan mereka bertanding dalam kempen Liga Super 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata Perak FC II secara automatik disingkirkan ke saingan Liga M3 selepas 'Parent Club' Perak FC tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan. - Gambar fail/BERNAMA
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perak FC hanya tunggu bukti dana
IMC Sdn Bhd juga telah berbincang dengan pihak terbabit dan bersetuju dengan sebahagian besar terma-terma dikemukakan.
MFL kesal dengan budaya samseng bola sepak
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kesal dengan insiden pergaduhan di antara segelintir penyokong Kuala Lumpur (KL) City FC dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras semalam.
Malaysia Airlines rakan penerbangan rasmi Liga-M 2022
Malaysia Airlines menyediakan perjalanan selamat dan lancar untuk MFL selain menyokong aktivitinya.
Kuota pemain import Liga-M kekal musim ini - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merasakan sudah terlalu lewat untuk membuat sebarang perubahan berhubung kuota pemain import bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Sarawak United bakal berdepan hukuman berat
Stuart berkata sebarang penukaran pasukan menggantikan Sarawak United itu terserah kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan selanjutnya.
Piala Malaysia: Pasukan sedia terima 'pemain ke-12' kembali ke stadium
Kesemua 16 pasukan yang beraksi dalam Piala Malaysia 2021 sudah bersiap sedia menerima kembali kehadiran 'pemain ke-12' ke stadium bermula 29 Okt ini.
Hanya 10 pasukan bertanding dalam Liga Premier 2022
MFL mengumumkan saingan Liga Premier 2022 akan disertai 10 pasukan berbanding 11 pasukan musim ini selepas Perak FC II sah disingkirkan daripada saingan divisyen kedua Liga Malaysia (Liga-M) itu.
Stuart Ramalingam diumum CEO baharu MFL esok?
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, hampir pasti diumumkan sebagai CEO Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam tempoh terdekat.
Dua pemain KDA FC positif COVID-19, MFL tunda aksi di Alor Setar
Liga Bola Sepak Malaysia mengesahkan dua pemain Kedah Darul Aman FC positif COVID-19, sekali gus memaksa perlawanan Liga Super antara KDA FC dan Penang FC esok ditunda ke satu tarikh baharu.
Liga Premier akan kembali bersambung 24 Julai
Saingan Liga Premier yang sepatutnya berlangsung pada 3 Julai ini akan kembali diadakan pada 24 Julai ini.