Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK

Polis Metropolitan London memaklumkan pertuduhan terbaharu terhadap Brand (foto) melibatkan dua wanita berasingan dan dikatakan berlaku pada 2009. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Pelakon dan pelawak British, Russell Brand, berdepan dua pertuduhan baharu melibatkan satu kes rogol dan satu kes serangan seksual, menjadikan jumlah mangsa meningkat kepada enam orang.
Ringkasan AI
- Russell Brand dihadapkan kepada dua pertuduhan baharu rogol dan serangan seksual, menjadikan jumlah mangsa keseluruhannya enam orang.
- Pertuduhan terbaharu ini melibatkan dua wanita yang mendakwa kejadian berlaku pada 2009, sementara pertuduhan awal melibatkan empat wanita antara 1999 hingga 2005.
- Brand menafikan kesemua pertuduhan dan dijadual untuk perbicaraan pada Jun 2026, sementara CPS memberi kebenaran untuk tambah dua pertuduhan selepas meneliti bukti tambahan daripada dua mangsa baru.
Brand mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan awal dan dijadual dibicarakan di Mahkamah Southwark Crown pada 16 Jun 2026.
Bagi dua pertuduhan baharu ini, Brand dijangka hadir ke mahkamah pada 20 Jan 2026.
Crown Prosecution Service (CPS) memberi kebenaran kepada polis untuk mendakwa Brand selepas meneliti bukti tambahan daripada dua mangsa baharu.
Identiti mangsa tidak didedahkan atas faktor keselamatan dan privasi.
Detektif Ketua Inspektor Tariq Farooqi berkata semua mangsa menerima sokongan daripada pegawai terlatih khas.
“Kami komited menyiasat setiap laporan dengan teliti dan memastikan keadilan ditegakkan,” katanya.
Brand, yang dikenali menerusi filem seperti "Forgetting Sarah Marshall" dan "Get Him to the Greek", serta sebagai pengacara dan aktivis politik, menafikan semua dakwaan terhadapnya.
Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat sementara menunggu perbicaraan.
Kes ini terus menarik perhatian umum di UK dan antarabangsa, dengan pelbagai pihak menyeru agar proses perundangan dijalankan secara adil dan telus.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa jumlah pertuduhan yang dihadapi oleh Russell Brand setakat ini? A: Russell Brand berdepan dengan tujuh pertuduhan, termasuk dua pertuduhan baru melibatkan kes rogol dan serangan seksual.
- Q: Apabila pertuduhan baharu tersebut dikatakan berlaku? A: Pertuduhan baharu yang melibatkan dua wanita berasingan dikatakan berlaku pada tahun 2009.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Crown Prosecution Service (CPS) selepas mendapat bukti tambahan daripada dua mangsa baharu? A: CPS memberi kebenaran kepada polis untuk mendakwa Brand selepas mendapat bukti tambahan daripada dua mangsa baharu.
- Q: Apakah tarikh yang dijadualkan untuk perbicaraan Russell Brand bagi pertuduhan awal? A: Perbicaraan bagi pertuduhan awal yang melibatkan Russell Brand dijadualkan pada 16 Jun 2026 di Mahkamah Southwark Crown.
- Q: Mengapakah identiti mangsa tidak didedahkan kepada orang ramai? A: Identiti mangsa tidak didedahkan atas faktor keselamatan dan privasi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

