Kerajaan menetapkan hanya 15 peratus sahaja penggajian pekerja asing daripada jumlah guna tenaga negara menjelang 2020, kata Kementerian Sumber Manusia (KSM).
KSM, dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen pada Rabu, menyatakan sasaran tersebut adalah selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan modan insan tempatan yang berkemahiran serta berpendapatan tinggi.
"Dasar semasa kerajaan ialah mengutamakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan," katanya.
Pada ketika ini, kerajaan hanya memberikan kebenaran untuk menggajikan pekerja asing di sektor dan sub-sektor tertentu, yang telah dikenal pasti kurang diminati oleh rakyat tempatan seperti dalam sektor pembinaan, perkilangan, pertanian, perladangan, perkhidmatan dan perlombongan dan pengkuarian," kata kementerian itu.
Kenyataan itu bagi menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) yang mahu kementerian menyatakan sama ada terdapat keperluan untuk menetapkan kuota pengambilan dan pemberian gaji yang setimpal untuk pekerja tempatan sebagai pekerja buruh dalam sektor 3D (kotor, sukar dan berbahaya).
Jawapan itu juga menyatakan kerajaan juga mengenakan syarat yang ketat ke atas majikan yang ingin mengajikan pekerja asing dengan mewajibkan mereka mengiklankan kekosongan sesuatu jawatan dalam portal JobsMalaysia sebelum dikeluarkan Perakuan JobsMalaysia.
Pendekatan ini adalah bagi memastikan keutamaan mengisi sesuatu kekosongan jawatan diberikan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan walaupun pada kategori pekerjaan asas.
"Semua permohonan penggajian pekerja asing diwajibkan dibuat dalam talian menerusi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx).
"Setiap permohonan akan disiasat oleh pegawai Jabatan Tenaga Kerja bagi memastikan kesahihan majikan, keperluan sebenar mengikut kelayakan, usaha mendapatkan pekerja tempatan, pematuhan undang-undang perburuhan dan penyediaan perumahan pekerja," katanya.
KSM juga menguatkuasakan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Perintah Gaji Minimum 2016) sebagai satu usaha untuk menarik pekerja tempatan bekerja di sektor-sektoryang dianggap 3D.
Pelaksanaan akta ini diharap dapat menghalang majikan daripada membayar gaji rendah dalam beberapa sub-sektor tertentu yang akan mendorong majikan untuk mengajikan pekerja asing, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 16 2019
Kerajaan menetapkan hanya 15 peratus sahaja penggajian pekerja asing daripada jumlah guna tenaga negara menjelang 2020. -Gambar hiasan
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Hanya 15 peratus penggajian pekerja asing menjelang 2020
Kerajaan menetapkan hanya 15 peratus sahaja penggajian pekerja asing daripada jumlah guna tenaga negara menjelang 2020, kata Kementerian Sumber Manusia (KSM).