awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 28 peratus daripada beg berat adalah buku, selebihnya... - Maszlee Malik

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
28/06/2018
08:51 MYT
Hanya 28 peratus daripada beg berat adalah buku, selebihnya... - Maszlee Malik
MASZLEE: "Kita tidak mahu kanak-kanak kita dibebani di dalam usia yang begitu muda dalam perkara yang akan menjejaskan pertumbuhan fizikal mereka dan pertumbuhan psikologi mereka.-- Gambar fail
Hanya 28 peratus daripada beg berat pelajar sekolah rendah mengandungi buku teks dan buku aktiviti manakala 72 peratus lagi terdiri daripada alat tulis, buku kerja swasta, gajet dan lain-lain.
Itu pendedahan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ketika mengulas mengenai isu beg berat dalam kalangan murid-murid sekolah rendah sebelum ini yang menjadi perbualan hangat.
Katanya jumlah itu berdasarkan Kajian Berat Beg Sekolah Rendah pada 2017 yang dijalankan kementeriannya setelah menerima pelbagai aduan, pandangan dan cadangan berhubung isu tersebut.
“Kita tidak mahu kanak-kanak kita dibebani di dalam usia yang begitu muda dalam perkara yang akan menjejaskan pertumbuhan fizikal mereka dan pertumbuhan psikologi mereka,” jelasnya pada sidang media Kementerian Pendidikan yang diadakan di sini hari ini.
Tambahnya kajian tersebut merangkumi beberapa aspek antaranya tahun persekolahan, lokasi, jantina dan jenis sekolah.
Sehubungan itu, kementeriannya merangka tiga strategi bagi menangani isu tersebut.
Antaranya Penguatkuasaan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan Surat Siaran sedia ada, penggubalan garis panduan kepada murid, guru, ibu bapa dan sekolah, serta menerusi kempen kesedaran dan hebahan maklumat.
Topic Berkaitan
#aduan
#bebanan
#beg berat
#beg sekolah
#cadangan
#Dr Maszlee Malik
#inisiatif
#kajian berat beg sekolah rendah
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan