awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 30.4 peratus rakyat Malaysia sertai Banci, didahului Putrajaya, Johor dan Perlis - Dr Uzir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/01/2021
10:37 MYT
Hanya 30.4 peratus rakyat Malaysia sertai Banci, didahului Putrajaya, Johor dan Perlis - Dr Uzir
22.7 juta penduduk, atau 69.4 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia, masih belum memberi respons kepada Banci Malaysia 2020. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Hanya 30.4 peratus atau 10 juta penduduk yang melengkapkan borang respons Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020 atau Banci Malaysia 2020, menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Beliau, yang juga Pesuruhjaya Banci Malaysia 2020 berkata, situasi itu sekaligus menunjukkan 22.7 juta penduduk, atau 69.4 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia, masih belum mengisi Banci Malaysia 2020.
Selain 3.3 juta tempat kediaman telah dibanci, beliau berkata, terdapat 320,000 isi rumah yang melibatkan 1.2 juta penduduk telah mendaftar di platform e-Census tetapi masih belum melengkapkan pengisian e-Census sepenuhnya.
“Bagi memudahkan rakyat Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuka semula banci dalam talian iaitu e-Census,” menurutnya dalam kenyataan itu lagi.
Banci Malaysia 2020 | 10 juta penduduk respons Banci Malaysia 2020
Mohd Uzir berkata, berdasarkan respons sehingga kini, empat negeri mencatatkan respons bilangan penduduk tertinggi iaitu Putrajaya (90.9%), Johor (48.2%), Perlis (45.0%) dan Perak (43.5%). manakala yang terendah ialah Sabah (8.9%), Labuan (17.6%) dan Sarawak (18.9%).
Selebihnya, kata beliau lagi, ialah Melaka (38.9%), Pulau Pinang (38.0%), Negeri Sembilan (35.2%), Terengganu (32.5%), Selangor (31.4%), Kuala Lumpur (28.4%), Kelantan (27.3%), Kedah (25.8%) dan Pahang (24.0%).
Statistik kumpulan umur pula menunjukkan 6.3 peratus adalah dalam kalangan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas, 69.5 peratus ialah umur bekerja (15 hingga 64 tahun) dan 24.3 peratus dalam kalangan umur muda (0 – 14 tahun).
“Semua penduduk diseru untuk menjayakan Banci Malaysia 2020 dalam memastikan tiada yang ketinggalan demi masa depan negara dan kemakmuran bersama.
“Kejayaan negara dan kesejahteraan hidup yang dinikmati pada hari ini adalah hasil penyaluran maklumat penduduk daripada banci-banci terdahulu,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Dr Uzir
#perangkawan
#Banci Malaysia 2020
#rakyat Malaysia
#Putrajaya
#tidak isi Banci
#e-Census
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan