awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lazada akan naikkan caj komisen terhadap penjual berkuat kuasa 18 Julai 2025

Amanz
Amanz
04/07/2025
04:45 MYT
Lazada akan naikkan caj komisen terhadap penjual berkuat kuasa 18 Julai 2025
Lazada akan melaksanakan penyeragaman semula caj komisen bermula 18 Julai 2025, dengan kadar berbeza mengikut kategori produk seperti digital (21.5%), FMCG (16%), fesyen (15%), dan elektronik (14.5%). -Amanz
LAZADA memaklumkan akan melaksanakan penyeragaman semula caj komisen terhadap penjual di platform tersebut, dengan sedikit peningkatan berkuat kuasa 18 Julai 2025.

Ringkasan AI
  • Lazada akan melaksanakan penyeragaman semula caj komisen bermula 18 Julai 2025, dengan kadar berbeza mengikut kategori produk seperti digital (21.5%), FMCG (16%), fesyen (15%), dan elektronik (14.5%).
  • Penjual akan menerima faedah seperti baucar percuma, sokongan penghantaran, program LazCoins, dan ciri AI, serta tiada yuran sokongan platform dikenakan.
  • Caj komisen hanya dikenakan untuk jualan berjaya dan dihantar, dengan pengecualian untuk penjual baharu selama 120 hari, dan tertakluk kepada SST sebanyak 8%.

Caj komisen ini berbeza mengikut kategori. Barangan digital akan dikenakan caj komsien 21.5%, sementara barangan FMCG sehingga 16%, dan fesyen sehingga 15%. Barangan elektronik pula akan dikenakan caj sehingga 14.5%.
Menurut Lazada, selaras peningkatan komisen ini, semua penjual akan menerima beberapa faedah yang ditawarkan di platform tersebut, termasuk penyertaan dalam program baucar percuma, sokongan penghantaran percuma, penyertaan dalam program LazCoins, dan sejumlah ciri AI yang lain untuk penjual.
Lazada juga tidak mengenakan yuran sokongan platform seperti pesaing mereka.
Caj komisen ini akan dikenakan terhadap barangan yang berjaya dijual dan dihantar kepada pembeli sahaja.
Lazada akan turut mengecualikan caj ini untuk penjual baharu bagi 120 hari pertama di Lazada.
Seperti caj lain, caj komisen ini juga tertakluk kepada caj SST sebanyak 8%. -Amanz
Topic Berkaitan
#Lazada
#caj komisen
#18 Julai 2025
#kadar berbeza mengikut kategori produk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan